Friday, December 16, 2011

Iphone 4S~

Don't be left behind! Complete ur #MaxisiPhone4s experience with iValue plans!

Thursday, December 15, 2011

Saya,Anda,Muslimah dan Jilbab

Assalamualaikum. Annyeong!


hee~ kali ni nak membebel pasal tudung . Specificnya nak cakap pasal jilbab.JILBAB?ha’ah..jilbab ler…aigoo..= =’


JILBAB.


Siapa yang pakai?semestinya kita akan jawab : Orang Islam.Ye ke? Habis tu , kenapa ramai je orang Islam yang tak pakai? Bukan kata jilbab je , tudung pun tak pakai. Kalau kita lihat, ramainya yang membangkang, memberontak, mempersoalkan tentang perintah Allah memakai jilbab ini.


Firman Allah:


''Katakanlah kepada wanita beriman,hendaklah mereka menahan pandangan mereka,memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa nampak.Hendaklah mereka menutupkan jilbab mereka ke dada mereka,dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka,ayah mereka,ayah suami mereka.." (An-nur:31)


Firman Allah lagi:


“Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri orang mukmin hendaklah ia menjulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Al-Ahzab:59)


Sebenarnya ramai orang yang mengenakan tudung. Tapi niatnya hanya sekadar menutup kepala sahaja. Laaa.. dah nama pun tudung, memang la tutup kepala saja. Aiii.. bukan tu maksud saya. I mean that, pakai tudung saje je laa… tiada nilai pada tudung tu. Tidak bersungguh2 menjaga aurat. Aikk? Ade ke camtu? Of course la ade.. Pakai tudung, tetapi saiznya kecil atau jarang,ditambah lagi dengan baju dan seluar yang SUPER ketat dan singkat. Golongan ini memang ada di mana2 sahaja di seluruh Malaysia. Tapi kalau di kawasan kalian memang tiada golongan seperti ini, Alhamdulillah..=D


Hurm.. Seperti firman di atas,sangat2 jelas Allah memerintahkan kita supaya melabuhkan jilbab ke dada. Tapi? Apa yang berlaku? Oh no..! Fesyen sekarang membutakan mata ummat manusia.. Maaf kalau saya katakan.. Tetapi itulah hakikatnya! Mereka mencipta variasi tudung yang betul2 terletak atas dada mereka. Malah ada yang terang-terangan menonjolkan bentuk dada mereka. Sungguh, saya tak faham. Apa sebenarnya yang menghalang mereka untuk memakai jilbab selari dengan syariat Islam? Bimbang lelaki2 tak dapat melihat tubuh badan mereka? Bimbang dikatakan manusia kolot? atau…apa? Please.. DO ENLIGHTEN ME!! Nak tahu sangat2 ni..


“Hok alohh..ce tengok,ramai je kan yang pakai tudung , tapi cehh…Hampeh! penipu, penyangak, hipokrit, tak solat,yada3..haihh..yang penting hati baik la kak..”


Eh2.. Siapa yang turunkan perintah berjilbab ni? Orang yang pakai tudung ke Allah? Allah kan.. Lagi satu, kenapa mencari keburukan wanita berjilbab yang imannya mungkin masih belum mantap? Kenapa…..? Buang yang keruh, ambil yang jernih.. baru lah teguh peribadi kita.. Jangan sibuk mencari keburukan orang lain tanpa berniat untuk memperbaiki orang tersebut tetapi hanya untuk mengutuk dan mempersenda mereka..No No No! Allah marah tau!


Ada jugak yang kata bahawa jilbab ni menyusahkan kita untuk bergerak aktif. SAY WHATT?? siapa kata?? Ce kabo.. jilbab nie halang kita dari apa? Kabo sket..Nak tau gak ni.. Kita ni bukan orang zaman dulu yang kena pergi berperang apa semua tu! kita cuma pergi sekolah, pergi tuisyen, kuliah, kerja.. siap berseronok lagi. So, apa yang susahnya? Bukaaaaaak mata kalian luas2, ramai tak wanita berjilbab di luar sana yang menjadi suri rumah, yang bekerja, yang hadir ke kuliah, ke tuisyen.. Malah ada yang aktif dalam organisasi2 yang sememangnya memerlukan banyak tenaga dan pergerakan fizikal! Kagumnya, mereka mampu melakukan semua itu tanpa menjadikan jilbab sebagai batu penghalang. Hebat kan !


Kalau rasa yang memakai jilbab labuh itu menyukarkan kita untuk mendapat peluang pekerjaan, ingatlah… Allah itu Maha Kaya. Allah yang mengatur rezeki. Bukan pengarah filem, bukan penulis majalah, bukan siapa2 okey.. No No No..Allah akan memberikan yang THE BEST EVER buat hamba2-Nya yang beriman dan bertaqwa.. InsyaAllah..=)


Natijahnya, kita perlu menyingkirkan rasa malas dan please.. STOP! berhentilah mencari alasan untuk membenarkan perbantahan kalian terhadap jilbab.. Kita perlu sedar betapa pentingnya peranan jilbab, kerana apabila kita memakainya ikhlas kerana Allah SWT maka hakikatnya kita telah menang di Akhirat nanti.Subhananllah! =D


Jilbab sangat2 lah mulia..Kemuliaan itu tercermin dari fungsi jilbab yang darjatnya lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan pakaian wanita yang terlalu bersifat keduniaan sekarang ni. Ingat, jangan sesekali kita menodainya dengan sifat kemunafikan kita kerana jika demikian,jilbab tidak lagi menjadi perlindungan,malah ia akan mendatangkan kecelakaan pula.Nauzubillah..


Sampai di sini saja coretan pena saya kali ni..Maafkan saya jika bahasa saya tidak sedap di baca atau apa2 saja kesalahan saya sepanjang pembacaan kalian.. Syukran kerana sanggup habiskan pembacaan anda..insyaAllah besar ganjarannya..thanx a lot!=D

Ukhuwwah fillah..


Wassalam..=)


GIVEAWAY!!


assalamualaikum!

hye234 ! wuaa .. lame betul tak update ! hehe ... urmm .. what ? giveway ? taraaaa ! hehe .. saya cume sertai je .. bukan nak bagi kat korang .. hua234 .. btw , join la giveaway contest nie .. comei sangat hadiah dye .. I loike ! hoho ..click3 on this link to parcipitate ! >.<
tu je yang ingin di promote hari ni..Ukhuwwah Fillah..Wassalam..=)

Saturday, April 30, 2011

maaf...

saya memohon seribu kemaafan kepada orang yang membaca dan komen post saya pasal kitab injil asli dijumpai tu.sebetulnya saya cuma copy post tu dari blog yang lain.salah saya juga sebab tidak menyelidik dengan lebih lanjut tentang perkara itu.dan salah saya juga kerana memandang rendah kepada agama2 lain.ya,anda berhak membela agama anda.walaupun saya sebagai Muslim,saya kagum dengan anda(yang menulis komen di post tersebut),kerana mempertahankan agama anda.dan,memang benar yang post itu memang menghina agama anda.jadi,saya memohon berbanyak maaf pasal post itu.jika ada post saya yang lain yang menghina agama anda,tolong,tolong komen di sini supaya tidak berlaku permasalahan dan permusuhan antara kita.


terima kasih.

Friday, February 4, 2011

36 Orang Terkandas Mendapat Bekalan Makanan Ringan

KAHERAH, 3 Feb - PMRAM hari ini terus menabur bakti kebajikan dalam membantu mahasiswa Mesir. Kemelut yang melanda kestabilan politik Mesir sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa urusan tergendala sementara waktu.

Seramai 36 orang mahasiswa Malaysia hari ini dicatatkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk pulang ke destinasi terntentu.

Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) diketuai Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan, Saudara Mohd Farkhan B Md Zain menyampaikan bekalan makanan ringan kepada mahasiswa Malaysia yang terkandas.

Turut serta dalam misi kebajikan ini Naib Presiden I Saudara Mohd Adlan B Mokhtaruddin dan Naib Presiden II Saudara Mohamad Azlan B Alias di Terminal 3 sebentar tadi. Tinjauan pihak PMRAM mendapati keadaan lapangan terbang sesak dipenuhi dengan penumpang.

Keadaan stabil dan terkawal dengan kawalan pihak keselamatan Mesir dan pengurusan lapangan terbang. Saudara Mohamad Azlan ketika ditemui menyebut bahawa keadaan jalan raya seperti biasa dan kenderaan mula memenuhi jalan untuk meneruskan aktiviti harian.

Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat

KAHERAH, 2 Feb - Pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Mesir pada ketika ini dalam keadaan selamat berikutan krisis politik yang melanda negara ini semenjak 25 Januari lalu.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sehingga kini menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dalam menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan pelajar.

Perhubungan internet dan komunikasi yang disekat semenjak 28 Januari lalu menyebabkan saluran maklumat tidak dapat disampaikan secara meneyeluruh.

Namun, Pejabat PMRAM sebagai pusat operasi utama dalam mengumpul dan menyampaikan maklumat kepada Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahawasiswa (DPM) melalui YDP dan Pengerusi serta AJKT.

PMRAM mengharapkan doa dari masyarakat luar agar mendoakan keselamatan pelajar-pelajar yang berada di Mesir serta dipermudahkan segala urusan.

Saturday, November 20, 2010

Sejarah Mazhab Jabariah

Jabariah daripada perkataan jabar (terpaksa). Maksudnya ialah terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada perbuatannya. Sedangkan perbuatan itu datang daripada Allah. Hamba itu tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada ikhtiar baginya. Yang sebenarnya melakukan perbuatan hamba itu ialah Allah.

Jabariah ialah nama golongan yang berfahaman begitu. Mereka melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi seseorang hamba dan menafikan ikhtiar. Mereka berkata manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya. Pada zahirnya sahaja kelihatan berbeza, tetapi pada hakikatnya sama sahaja.

Kesimpulannya, perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah seperti juga jasad mereka. Sekiranya setengah daripada sifal manusia itu dicipta oleh Allah dan sebahagian daripadanya diciptakan oleh manusia sendiri, maka berlakulah syirik dalam perkara af’al (perbuatan). Perkara ini bercanggah dengan kehendak Allah dan ikhtiarnya.

Benih fahaman ini berasal daripada pegangan orang Yahudi. Kemudian, mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam. Orang yang pertama menyebarkan ajaran ini kepada orang orang Islam adalah Jaad bin Darham. Dia menerima ilmu yang sesat dan menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Jaad berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham bin Safuan.

Seterusnya golongan Jabariah memasukkan beberapa penyelewengan yang lain ke dalam ajaran mereka.
Para sarjana Salaf dan Khalaf menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya. Antara mereka adalah sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abbas. Beliau menegaskan kepada pengikut Jabariah, “Adakah kamu menyeru orang supaya bertakwa kepada Allah, sedangkan kamu menyesatkan orang-orang yang bertakwa. Adakah kamu melarang orang daripada kerosakan, sedangkan kerana rosak kamu lahirnya beberapa kerosakan. Wahai keturunan munafik, penolong orang-orang yang zalim dan penguasa masjid masjid kepunyaan orang-orang fasik. Sebenarnya daripada kamu lahir pembohong kepada Allah dengan meletakkan dosa yang dilakukan hamba kepada Allah secara berterang-terangan.”

Hasan al-Basri berkata kepada golongan Jabariah yang berada di Basrah, “Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, qadak dan qadarnya maka sesungguhnya dia menjadi kafir. Sesiapa yang meletakkan dosanya kepada Allah dia juga menjadi kafir.

Apabila golongan Jabariah bertapak di Nahawinah dan berleluasa di sana, Imam Abu Mansur al-Maturidi yang lahir pada abad yang keempat Hijrah berjaya mematahkan hujah Jabariah. Mazhab ini akhirnya berpecah kepada tiga kumpulan, mereka adalah:

AL- JAHMIAH

Pengikut Jaham bin Safuan. Dia melahirkan kesesatannya di Tarmiz. Dia bukan sahaja menaburkan ajaran Jabariah yang meletakkan dosa kepada Allah tetapi juga menambah dengan beberapa kesesatan yang lain, antaranya adalah:

  • Menyatakan syurga dan neraka itu binasa kerana tiada sesuatu pun yang kekal abadi.
  • Gerak-geri ahli syurga dan neraka itu akan berhenti kerana tiada tiap-tiap yang bergerak itu akan berhenti.
  • Iman itu ialah makrifah. Kufur itu ialah jahil mengenai Allah dan hakikat-hakikat Islam. Sekiranya demikian, orang Yahudi yang mengetahui sifat-sifat Nabi Muhammad boleh dianggap beriman.
  • Kalam Allah itu baru bukannya qadim (sependapat dengan Muktazilah).
  • Tidak harus berserah segala sifat kepada Allah, harus berserah segala sifatnya kepada hamba.
  • Menafikan melihat Allah pada hari kiamat. Menafikan Allah itu berkeadaan yang hidup dan yang mengetahui. Sebaliknya. Allah itu berkuasa mengadakan.
  • AL- TABARIAH

    Pengikut al-Husin bin Muhammad al-Najam. Antara ajarannya adalah:

  • Bersama dengan golongan Muktazilah yang menafikan sifat ilmu, berkuasa, berkehendak, hidup, mendengar dan melihat.
  • Menafikan melihat Allah pada hari kiamat.
  • Kalam Allah itu apabila dibaca menjadi hak dan apabila ditulis menjadi jisim.
  • Iman itu ialah membenarkan. Siapa yang mengerjakan dosa besar akan mati dalam keadaan tidak bertaubat. Dia dibalas kerana dosa itu dan wajib dikeluarkan daripada neraka.
  • AL- DIRARIAH

    Pengikut Dirar bin Amru, antara ajarannya ialah:

  • Yang diterima selepas wafatnya Nabi Muhammad adalah ijmak sahaja. Segala yang diambil daripada Nabi Muhammad secara ahad (tunggal) tidak diterima.
  • Adanya pancaindera tambahan daripada yang ada bagi melihat Allah pada hari kiamat.
  • Kuliyah Jumaat 04 Mei 2007
    Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu