Jabariah daripada perkataan jabar (terpaksa). Maksudnya ialah terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada perbuatannya. Sedangkan perbuatan itu datang daripada Allah. Hamba itu tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada ikhtiar baginya. Yang sebenarnya melakukan perbuatan hamba itu ialah Allah. Jabariah ialah nama golongan yang berfahaman begitu. Mereka melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi seseorang hamba dan menafikan ikhtiar. Mereka berkata manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya. Pada zahirnya sahaja kelihatan berbeza, tetapi pada hakikatnya sama sahaja. Kesimpulannya, perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah seperti juga jasad mereka. Sekiranya setengah daripada sifal manusia itu dicipta oleh Allah dan sebahagian daripadanya diciptakan oleh manusia sendiri, maka berlakulah syirik dalam perkara af’al (perbuatan). Perkara ini bercanggah dengan kehendak Allah dan ikhtiarnya. Benih fahaman ini berasal daripada pegangan orang Yahudi. Kemudian, mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam. Orang yang pertama menyebarkan ajaran ini kepada orang orang Islam adalah Jaad bin Darham. Dia menerima ilmu yang sesat dan menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Jaad berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham bin Safuan. Seterusnya golongan Jabariah memasukkan beberapa penyelewengan yang lain ke dalam ajaran mereka. Hasan al-Basri berkata kepada golongan Jabariah yang berada di Basrah, “Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, qadak dan qadarnya maka sesungguhnya dia menjadi kafir. Sesiapa yang meletakkan dosanya kepada Allah dia juga menjadi kafir. Apabila golongan Jabariah bertapak di Nahawinah dan berleluasa di sana, Imam Abu Mansur al-Maturidi yang lahir pada abad yang keempat Hijrah berjaya mematahkan hujah Jabariah. Mazhab ini akhirnya berpecah kepada tiga kumpulan, mereka adalah: AL- JAHMIAH Pengikut Jaham bin Safuan. Dia melahirkan kesesatannya di Tarmiz. Dia bukan sahaja menaburkan ajaran Jabariah yang meletakkan dosa kepada Allah tetapi juga menambah dengan beberapa kesesatan yang lain, antaranya adalah: AL- TABARIAH Pengikut al-Husin bin Muhammad al-Najam. Antara ajarannya adalah: AL- DIRARIAH Pengikut Dirar bin Amru, antara ajarannya ialah: Kuliyah Jumaat 04 Mei 2007
Para sarjana Salaf dan Khalaf menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya. Antara mereka adalah sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abbas. Beliau menegaskan kepada pengikut Jabariah, “Adakah kamu menyeru orang supaya bertakwa kepada Allah, sedangkan kamu menyesatkan orang-orang yang bertakwa. Adakah kamu melarang orang daripada kerosakan, sedangkan kerana rosak kamu lahirnya beberapa kerosakan. Wahai keturunan munafik, penolong orang-orang yang zalim dan penguasa masjid masjid kepunyaan orang-orang fasik. Sebenarnya daripada kamu lahir pembohong kepada Allah dengan meletakkan dosa yang dilakukan hamba kepada Allah secara berterang-terangan.”
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Cinta Monyet Part5
3 years ago
0 comments:
Post a Comment