Wednesday, May 13, 2009

SAMBUTAN HARI VALENTINE

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas baginda
Muhammad s.a.w., kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Allah telah memilih Islam bagi kita sebagai agama kita dan Dia tidak akan
menerima mana-mana agama lain dari sesiapapun, sebagai mana Dia berfirman (yang
bermaksud):-
“Dan sesiapa yang mencari agama lain selain dari Islam, ia tidak akan sesekali
diterima oleh-Nya, dan kelak di akhirat dia akan termasuk di dalam golongan
orang-orang yang rugi” [Aal ‘Imran 3:85]
Dan baginda Rasulullah s.a.w. telah mengkhabarkan kepada kita bahawa sekumpulan
ummatnya akan mengikuti musuh-musuh Allah di dalam sebahagian adat dan upacara
mereka, dan dikhabarkan di dalam hadith riwayat Abu Sa’eed Al-Khudri r.a., yang
meriwayatkan bahawa nabi s.a.w. bersabda: “Kamu semestinya akan mengikuti jalan-
jalan mereka yang dating sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, hasta demi
hasta, sehingga ketika mereka memasuki lubang biawak, kamu akan mengikuti
mereka.” Kami berkata, “Ya Rasulullah, (adakah tuan maksudkan) Yahudi dan
Kristian?” Baginda bersabda, “Adakah sesiapa lagi?!”\
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam al-I’tisaam bi‘l-Kitaab wa’l-Sunnah,
Baab Qawl al-Nabi s.a.w. La tattabi’unna Sanan man kaana qablakum, 8/151; dan
oleh Muslim di dalam Kitaab al-‘Ilm, Baab Ittibaa’ Sanan al-Yahood wa’l-
Nasaara, 4/2054)
Apa yang diperkatakan oleh Nabi s.a.w. telah menjadi kenyataan dan amat meluas
pada masakini, di dalam kebanyakan negara Islam. Ramai dari kalangan orang
Islam mengikuti jalan musuh Allah di dalam adat dan cara hidup mereka, dan
meniru mereka di dalam sesetengah upacara dan menyambut hari kebesaran mereka.
Perkara ini menjadi kian teruk dengan pendedahan media massa di kalangan orang
ramai, di mana upacara dan adat orang-orang kafir disalurkan dengan bunyi-
bunyian dan imej-imej dari negara-negara mereka ke dalam negara-negara Islam,
menerusi TV satelit dan World Wide Web (Internet). Kebanyakan orang Islam telah
terpengaruh dengan mereka.\
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, suatu fenomena baru telah meluas di kalangan
remaj Islam-samada lelaki atau perempuan-yang tidak memberikan petanda yang
baik. Ini ditunjukkan dengan meniru orang-orang Kristian di dalam menyambut
Hari Valentine, yang telah membuatkan para ulama’ dan pendakwah menerangkan
garisan syariat berkenaan perkara ini, ikhlas demi Allah, utusan-Nya, para
pemimpin Islam, agar orang-orang Islam mempunyai kefahaman yang terang dan
jelas berkenaan isu ini dan supaya mereka tidak terjatuh ke dalam kerosakan
Aqidah yang telah Allah kurniakan ke atas mereka.
Ini adalah penerangan ringkas tentang asal-usul, perkembangan dan tujuan
sambutan ini, dan tindakan yang seharusnya diambil oleh orang-orang Islam
berkenaan dengannya.
Kisah Festival Cinta
Festival Cinta adalah salah satu dari festival-festival orang-orang pagan Rom,
ketika paganism adalah agama yang tersebar luas lebih 17 abad yang lalu. Di
dalam konsep pagan Rom, ia adalah luahan “cinta spiritual”.
Terdapat mitos-mitos yang dikaitkan dengan festival pagan Rom ini, persis orang-
orang Kristian. Antara mitos yang paling tekenal adalah suatu kepercayaan orang-
orang Rom bahawa Romulus, pengasas Rom, telah disusukan pada suatu hari oleh
serigala betina, yang memberikan beliau kekuatan dan kebijaksanaan.
Orang-orang Rom telah menyambut perayaan ini pada pertengahan bulan Februari
setiap tahun dengan festival besar-besaran. Salah satu upacara festival ini
adalah pengorbanan seekor anjing dan seekor kambing. Dua remaja yang kuat dan
sasa akan melumurkan darah anjing dan kambing tersebut ke badan mereka, dan
mereka akan membasuh darah tersebut dengan susu. Selepas itu perarakan besar-
besaran akan diadakan, dengan dua remaja ini sebagai ketua, yang akan melaui
jalan-jalan. Dua remaja ini akan memiliki helaian-helaian kulit dan mereka akan
memukul sesiapa yang merimtangi jalan mereka. Wanita-wanita Rom akan menyambut
pukulan-pukulan ini, kerana mereka mempercayai bahawa ia dapat mencegah atau
menyembuhkan ketidak-suburan.
Perkaitan Saint Valentine dengan perayaan ini
Saint Valentine adalah satu nama yang diberikan kepada dua “syahid” purba
gereja Kristian. Dikatakan bahawa mereka terdiri dari dua individu, ataupun
Cuma seorang, yang mati di Rom sebagai kesan dari pembunuhan ketua Gothic
Cladius 296 CE. Pada 350 CE, satu gereja telah dibina di Rom di tapak di mana
dia mati, sebagai tanda memori.
Apabila orang-orang Rom memeluk Kristian, mereka masih menyambut Festival Cinta
di atas, tetapi mereka menukarnya dari konsep pagan “cinta spiritual” kepada
konsep lain yang dikenali sebagai “syahid cinta”, diwakili oleh Saint Valentine
yang telah menyokong cinta dan keamanan, yang telah menyebabkannya “syahid”,
sebagaimana dakwaan orang-orang Kristian. Ia juga dikenali sebagai Hari
Kekasih, dan Saint Valentine dikatakan sebagai penaung saint kekasih.
Salah satu daripada kepercayaan mereka yang berkaitan dengan festival ini ialah
nama gadis-gadis yang telah mencapai umur perkahwinan mereka di atas kertas
bergulung dan diletakkan di dalam pinggan kecil di atas meja. Kemudian pemuda-
pemuda yang ingin berkahwin akan dipanggil, dan setiap dari mereka akan
mengambil kertas tersebut. Dia kemudiannya akan berkhidmat dengan gadis yang
namanya tertulis di atas kertas tersebut bagi tempoh setahun, agar mereka dapat
saling berkenalan. Kemudian mereka akan berkahwin, atau mengulangi prosees yang
sama pada hari festival berikut di tahun yang berikutnya.
Paderi-paderi Kristian bereaksi menentang tradisi ini, di mana mereka
mengatakan bahawa ia memberikan kesan yang buruk terhadap moral pemuda-pemudi.
Ia telah diharamkan di Itali, di mana ia telah dikenali ramai, dan kemudiannya
diamalkan semula pada abad ke 18 dan 19, apabila terdapat di sesetengah negara-
negara Barat kedai-kedai yang menjual buku-buku kecil yang
dipanggil “Valentine’s books”, yang mengandungi syair-syair cinta, bagi sesiapa
yang ingin memberi ucapan kepada kekasih mereka. Ia juga mengadungi cadangan
dan panduan dalam menulis surat cinta.
Telah juga dikatakan berkenaan sejarah permulaan sambutan ini apabila orang-
orang Kristian memeluk Kristian, selepas Kristian meluas, maharaja Rom Caludius
II menetapkan pada abad ketiga CE bahawa soldadu-soldadu tidak dibenarkan
berkahwin, kerana perkahwinan akan mengalihkan tumpuan mereka di dalam
peperangan. Penetapan atau undang-undang ini telah ditentang kuat oleh Saint
Valentine, yang telah melangsungkan perkahwinan bagi soldadu-soldadu tersebut
secara rahsia. Apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan maharaja, baginda
telah memenjaranya dan menjatuhkan hukuman bunuh. Di dalam penjara, dia (Saint
Valentine) telah jatuh cinta dengan anak perempuan si pemenjara, tetapi ini
adalah rahsia kerana di dalam undang-undang Kristian, paderi dan pendeta
dilarang berkahwin atau jatuh cinta. Namun dia tetap disanjung oleh orang-orang
Kristian kerana pendiriannya dan pegangannya yang kukuh terhadap agama Kristian
apabila maharaja menawarkan untuk mengampunkannya jika dia meninggalkan
Kristian dan menyembah Tuhan-Tuhan Rom; kemudian dia akan menjadi salah seorang
pengikutnya yang rapat dan baginda akan menjadikannya sebagai menantunya. Akan
tetapi Valentine menolak tawaran baginda dan lebih cenderung kepada Kristian,
dan kerana itu dia telah dihukum bunuh pada 14 Februari 270 CE, pada dinihari
Februari 15, Festival Lupercalis. Oleh itu hari ini dinamakan sempena saint ini.
Di dalam Story of Civilization, dikatakan bahawa pihak gereja telah membuat
satu kalender di mana setiap hari diperuntukkan sebagai hari perayaan salah
satu daripada saint-saint. Di England, Hari Saint Valentine adalah pada
penghujung musim sejuk. Apabila hari tersebut datang, menurut mereka, burung-
burung mengawan di dalam hutan, dan pemuda-pemuda akan meletakkan bunga-bunga
di tingkap-tingkap rumah gadis-gadis yang mereka cintai. (The Story of
Civilization by Will Durant, 15/23)
Pope memperuntukkan hari kematian Saint Valentine, Februari 14, 270 CE, sebagai
festival cinta. Siapa Pope? Dia adalah “arcbishop, ‘mufti’ terhebat gereja
sedunia, waris bagi Saint Peter.” Lihatlah kepada “arcbishop” ini dan bagaimana
dia menetapkan bagi mereka perayaan ini, yang merupakan rekaan baru di dalam
agama mereka. Ini mengingatkan kita pada firman Allah s.w.t. (yang bermaksud):-
“Mereka (Yahudi dan Kristian) mengambil guru-guru dan pendeta-pendeta mereka
sebagai Tuhan mereka selain Allah (dengan mematuhi mereka di dalam perkara yang
mereka jadikan halal atau haram mengikut kehendak mereka tanpa diarahkan oleh
Allah)…[at-Tawbah 9:31]
Telah diriwayatkan bahawa ‘Adiy ibn Hatim said: “Aku telah datang kepada Nabi
s.a.w. dengan memakai salib emas di leherku. Baginda bersabda, ‘Wahai ‘Adiy,
buangkan simbol ini.’ Dan aku mendengar baginda membaca dari Surah Baraa’ah [al-
Tawbah] (yang bermaksud): ‘Mereka (Yahudi dan Kristian) menjadikan guru-guru
mereka dan paderi-paderi mereka sebagai Tuhan selain Allah.’ Baginda
bersabda: ‘Mereka tidak menyembah mereka, tetapi apabila mereka menghalalkan
sesuatu mereka halalkan, dan apabila mereka mengharamkan mereka sesuatu mereka
haramkan.’ (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan ia adalah hadith hasan)
Antara Simbol-Simbol Penting Perayaan ini
1- Menunjukkan rasa gembira pada perayaan ini, sebagaimana di dalam
festival-festival utama mereka yang lain.
2- Menukar ros merah, yang merupakan luahan rasa cinta, “cinta spiritual”
orang-orang pagan ataupun “cinta” orang-orang Kristian. Oleh kerana itu ia
dikenali sebagai Festival Kekasih.
3- Menghantar kad-kad ucapan. Pada sesetengah kad-kad ini terdapat
gambar “Cupid”, yang seperti seorang kanak-kanak dengan dua sayap, membawa
busar dan anak panah. Ini merupakan dewa cinta di kalangan pagan-pagan Rom-Maha
Suci Allah, jauh dari segala kepalsuan mereka dan penyengutuan mereka terhadap
Allah.
4- Menukar kata-kata cinta dan keinginan di dalam kad-kad ucapan yang
mereka hantar kepada satu sama lain, di dalam ayat, prosa dan frasa ringkas.
Sesetengah kad mengandungi gambar-gambar komik dan lawak jenaka, dan ia
selalunya mengandungi ungkapan ‘jadilah Valentineku’. Ini mewakili konsep
Kristian tentang festival ini setelah ia diambil dari konsep pagan.
5- Di kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari
tersebut dan pada waktu petang, di mana berlaku percampuran lelaki dan
perempuan, dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti
bunga ros dan sekotak coklat kepada si isteri, kawan-kawan dan sesiapa yang
mereka cintai.
Bersambung....

0 comments: