Wednesday, May 13, 2009

10 SEBAB M`SIA BKN NEGARA ISLAM

1) Perkara haram, dihalalkan. Ini dapat dilihat apabila judi dan arak boleh dijaja dengan sewenang-wenangnya asalkan mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Kerajaan Pusat. Maknanya, kerajaan sendiri telah bersekongkol untuk melibatkan diri dengan aktiviti haram. Kemudian wang hasil cukai dan lesen dari aktiviti ini dimasukkan semua dalam Perbendaharaan untuk digunakan dalam Bajet negara setiap tahun.
Maknanya, ada surau dan masjid yang telah dibina melalui peruntukan kerajaan, terdapat sebahagian darinya wang yang diperolehi melalui cara yang haram. Oleh itu, kalau nak bina surau dalam taman perumahan anda, adalah lebih baik kutip derma dari masyarakat setempat daripada mengharapkan sumbangan kerajaan.
2) Cuti minggu hari Ahad, bukan Jumaat. Umum sedia maklum bahawa hari kebesaran orang Islam adalah hari Jumaat. Di mana pada hari ini, semua umat Islam adalah digalakkan untuk mengimarahkan masjid dengan melakukan ibadat-ibadat sunat serta wajib. Tapi macam mana nak duduk lama-lama kat masjid kalau dah kena pergi kerja?! Yang bestnya, orang Kristian jugak dapat pergi gereja mereka dengan aman tanpa perlu terkejar-kejar utk keluar pulang semula ke tempat kerja. Bukan ke orang Islam kat Malaysia adalah majoriti?
3) Yang dituduh melakukan kesalahan tidak disiasat, tapi yang membongkar kesalahan yang diperiksa. Perkara ini dapat dilihat dalam kes Rahim Thamby Chik, kes perempuan kena ketuk-ketampi dlm lokap, kes pendedahan salah laku Rafidah Aziz oleh Sdra Ezam, dan sebagainya. Persamaan dalam semua kes ini adalah; yg membongkar kesalahan tersebut yang kena siasat dan masuk lokap (Lim Guan Eng), padahal orang yang membuat salah tu, senang-senang je maintain jawatan dalam Kabinet.
4) Hak rakyat dinafi, hak korporat disanjungi. Ini dapat dilihat dalam kes harga tol, harga bil elektrik, harga bil air, dan sebagainya. Umum sedia maklum dalam kes harga tol, bilangan kenderaan yang melalui lebuh raya kita semakin banyak. Malah setiap syarikat konsesi asyik mengumumkan keuntungan setiap tahun. Namun harga tol masih terus dinaikkan dengan alasan kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan membayar pampasan kepada syarikat konsesi. Tak membebankan kepala hotak dia!! Seorang pakar ekonomi telah melakukan perkiraan baru-baru ini dan didapati, kerajaan sebenarnya mampu membina lebuh raya ini tanpa melibatkan pihak swasta berdasarkan bayaran pampasan serta "soft loan" yang telah diberi kepada konsesi lebuh raya. Tapi sebab puak Kerajaan sibuk nak mengkayakan kroni masing-masing, maka dikaburkan mata semua orang dengan menyatakan Dasar Penswastaan boleh menaikkan taraf ekonomi Bumiputera. Piirah!!!
5) Semua benda nak buat konsert! Sebut saja apa acara sekalipun, semuanya nak dibuat konsert. Malam Tahun Baru, Malam Kemerdekaan, Kutip Derma utk mangsa banjir, dan sebaginya. Silap haribulan Malam Tilawah Al-Quran pun nak buat konsert jemput Mariah Carey dan Tina Turner!! Bercampur-gaul bukan muhrim di malam yang hening, kemudian marah-marah bila pagi esok jumpa kondom atas padang konsert. Orang putih pun dah kata, "one bad deed, will be followed by another".
6) Non-muslim dibenarkan memerintah orang muslim. Satu kajian juga pernah dilakukan oleh pengunjung TranungKite sebelum ini yang menyatakan terdapat banyak kawasan DUN serta Parlimen di Malaysia yang majoritinya orang Islam tapi diwakili oleh ADUN atau MP yang bukan Islam. Rasa-rasa orang kafir ni nak sangat ke memperjuangkan hak orang Islam di kawasan dia tu? Sebab tu saya sokong sangat kalau pengundi di DUN Batu Talam buang undi rosak, agar perasaan mereka dapat didengar oleh semua.
7) Status makanan halal boleh diragui. Ini sebenarnya bab yang sangat sensitif sebab orang Malaysia memang kuat makan. Kalau tengok filem Malaysia aje, pernah tak jumpa filem yang takde langsung adegan makan. Sama ada makan di warung, atau di McD atau di rumah, semua filem atau drama buatan Malaysia mesti ada adegan makan-makan. Sebab memang orang Malaysia ni suka makan. Dan sebagai orang Islam kita diwajibkan untuk memakan makanan halal sahaja. Namun apakan daya, agensi yang telah dipertanggungjawabkan untuk menentukan sama ada makanan itu halal atau tidak, adalah sebuah agensi yg sangat lemah. Logo halal JAKIM adalah sama standardnya dengan logo dacing BN, hampeh semata-mata!! Sepatutnya logo halal JAKIM menjadi benchmark bahawa produk yang ada logo ini sememangnya halal serta boleh digunakan tanpa was-was (ini bukan iklan produk Zaitun!). Lihat saja kereta yang ada logo Mercedez atau Rolls-Royce. Apabila orang nampak saja logo ini, semua orang pasti setuju bahawa kereta tersebut telah dibina menggunakan teknologi kejuruteraan terbaik serta tahan lama. Ini tidak, apabila Colgate mengeluarkan logo halal dia sendiri, pihak JAKIM tidak sedikitpun mempersoalkan ke"halal"an ubat gigi Colgate tersebut. Malah mereka hanya senyap seribu bahasa.
8) Penguatkuasaan undang-undang syariah yg lemah. Pergi sahaja ke Hard Rock, Planet Hollywood, dan lain-lain. Pasti anda akan melihat anak-anak Melayu yang mengaku Islam tapi tanpa segan-silu, berpakaian seolah-olah bogel serta meminum arak. Kemudian pergi pula ke kedai-kedai nombor ekor, pasti anda akan jumpa dengan pakcik-pakcik yang rumah kata pergi, kubur kata mari sedang sibuk memikirkan nombor apa yang akan naik minggu depan. Selepas itu, pergilah pula ke Jabatan Pendaftaran Negara, dan tanyalah ketua jabatan di situ,"Berapa orang Melayu Islam yang nak isytihar keluar Islam hari ni?" Pasti jawapan mereka akan membuatkan anda terkedu! Kesimpulannya di sini, ramai umat Islam di Malaysia sudah tidak ada perasaan malu dengan Tuhan atau masyarakat Islam yg lain kerana mereka dengan mudahnya boleh melakukan perkara-perkara dosa ini tanpa bangkangan dari sesiapa. Nak malu dengan diri sendiri, tak usah haraplah.
9) Hukum hudud tidak dilaksanakan. Alasan kerajaan memerintah kenapa mereka tidak mahu melaksanakan hukum hudud adalah kerana Malaysia sebuah negara majmuk. Piirah mabuk!! Masa Nabi Muhammad SAW menegakkan negara Islam di Madinah, adakah Madinah bukan sebuah negara majmuk? Dengan populasinya yang terdiri dari kaum Yahudi serta Nasrani, Rasullullah tetap berjaya menegakkan sebuah negara Islam. Sebenarnya puak UMNO sendiri yang takut sangat dengan hukum hudud kerana merekalah yang kuat merompak harta rakyat serta membaham anak gadis bawah umur demi melampiaskan nafsu mereka. Kemudian ditakut-takutkan puak MCA serta MIC bahawa hudud itu merbahaya bagi mereka. Nasihat saya kepada pembaca sekalian, jikalau ada sahabat anda yang bukan Islam yang takut dengan hudud, nyatakan sahaja hudud itu suatu hukum yang adil. Kita tidak akan sewenang-wenangnya memotong tangan orang kalau dia tidak bersalah. Lainlah kalau dia betul-betul mencuri, maka memang layaklah tangan mereka dipotong. Kalau tak mencuri, buat apa nak takut dengan hudud?!
10) Nasihat rakyat tidak diendah. Sama ada anda memprotes, menulis melalui akhbar atau menghantar petisyen ke Parlimen, setakat ini saya belum pernah lagi melihat jeritan rakyat didengari oleh kerajaan. Pak Lah beria-ia menyatakan "bekerjalah bersama saya, bukan bekerja untuk saya". Macam mana nak kerja oi, kalau gaji yang diberi tidak setimpal dengan kos sara hidup masa kini? Cakap pasal gaji ni, saya perhatikan yang gaji polis serta tentera dan bantuan untuk peneroka FELDA bukan main lagi macam-macam diberi. Kalau ikhlas sebab nak membantu golongan ini, saya tak kisah. Tapi kalau ada udang di sebalik batu, saya harap golongan ini tidak mudah terpedaya. Sebabnya saya berkata demikian adalah kerana golongan ini merupakan suatu target group yang amat besar. That would mean a lot of votes could come in their way in the next General Election. Tapi berbalik kepada point no.10 ni, sebuah negara Islam sepatutnya sentiasa bersimpati dengan nasib rakyat, selama mana permintaan rakyat itu tidak melanggar syarak serta boleh merugikan Perbendaharaan.

0 comments: