6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.-editor.
Sunday, May 17, 2009
sambungan..
Posted by underOneAqidah at Sunday, May 17, 2009 0 comments
Saturday, May 16, 2009
antara tanda-tanda kecil kiamat
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
bersambung
Posted by underOneAqidah at Saturday, May 16, 2009 0 comments
Pakaian kita macam mana?
bagaimana cara pemakaian orang2 kite skang ye??yg no. 2 tu boleh bilang dengan jari je.tak ramai yang mengamalkan pemakaian sebegini.kalau kita lihat di jalanan..no.1 tu majoriti.mungkin orang sebegini belum mendapat kefahaman sebetulnya tentang tatacara pemakaian dalam Islam.mungkin lah...
satu je saya nk pesan..
ISLAm itu bukan sahaja agama,tapi ianya satu gaya hidup yang harus diikuti..jom sama2 berubah ke arah yang lebih baik!^^
Posted by underOneAqidah at Saturday, May 16, 2009 0 comments
manusia bley tgk bunian!!
Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir.
Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.
Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.
Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.
“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.
Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.
“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.
Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.
“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.
“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.
Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.
“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.
Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.
“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.
“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.
Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.
Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.
“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.
“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.
“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.
Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.
Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.
Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.
Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.
“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.
“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.
Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.
Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.
Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.
FAKTA
- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.
- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.
- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.
- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.
- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan.
- Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.
- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.
- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa
Posted by underOneAqidah at Saturday, May 16, 2009 0 comments
Wednesday, May 13, 2009
BURU TUJUH GOLONGAN DI SISI ALLAH
Baginda Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik khususnya dalam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan dan contoh yang berjaya dalam melaksanakan tuntutan pelbagai jenis ibadat sebagai pengajaran kepada umatnya bagi mendapatkan tempat yang selesa di sisi Allah SWT pada hari kiamat.
Di mana terdapat tujuh jenis golongan manusia yang berjaya mendapat tempat di sisi Allah kerana melakukan amalan berdasarkan ilmu pengetahuan yang diwariskan oleh baginda kepada mereka.
Kejayaan mereka itu untuk beramal dengan amalan-amalan yang baik menurut syarak adalah disebabkan ketekunan mereka untuk bergaul dengan insan-insan yang memiliki budi pekerti yang baik, apatah hubungan yang intim dengan Allah SWT selaku Pencipta seluruh alam.
Perkara ini ada ditegaskan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Tuhannya, sama ada di waktu pagi, tengahari, petang, senja dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu kedua matamu berlaing dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, dan janganlah kamu menuruti orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami serta menuruti hawa nafsunya, kerana sesungguhnya seluruh hidup mereka adalag melampaui batas (agama)."
Itulah jalan bagi memastikan kedudukan iman, pegangan serta kepercayaan terus utuh melalui persahabatan dengan orang-orang yang boleh mengingatkan kita kepada Allah SWT, bukan sekadar itu, malah mencemburui serta memburu tempat di akhirat seperti tujuh golongan yang terselamat daripada ditimpa panas terik matahari sejengkal di atas kepala.
Rasulullah s.a.w ada menegaskan mengenai tujuh golongan tersebut menerusi sabdanya yang bermaksud: "Tujuh golongan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, remaja (lelaki atau perempuan) yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang digoda oleh seorang perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitiskan air matanya kerana mengingatkan sifat Mulia dan sifat Agung Allah." (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Jelas dari apa yang disabdakan oleh baginda dalam hadis tersebut di atas, memberitahu kita bahawa golongan yang disebut itu adalah mereka yang benar-benar melaksanakan tuntutan ajaran agama Islam dalam hidup mereka, justeru mereka dianugerahkan balasan yang baik dari Allah setimpal dengan apa yang telah disumbangkan untuk kebaikan Islam.
Bukan mudah untuk menjadi hamba Allah yang sanggup berkorban demi Allah dalam segenap tuntutan kehidupan, apatah lagi terpaksa berhadapan dengan ujian yang mesti dilalui seperti yang dialami oleh tujuh golongan di atas.
Apatah lagi kepada umat Muhammad masa kini yang tenggelam dalam banyak perkara yang tidak ada hubungan dengan nilai keagamaan, termasuklah gelagat dalam bulan Ramadan dan malam hari raya, mereka memperlihatkan betapa aspek agama perlu dipelihara pada waktu tertentu secara bermusim, sehingga tindakan mereka itu tidak menjadikan mereka mampu untuk menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Golongan yang ketujuh yang disebut oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas iaitu yang mengingati (berzikir) kepada Allah hingga menitiskan air mata bukan mudah untuk ditemui pada zaman ini, kerana manusia pada hari ini tidak memelihara sumber pemakanan yang diambil (hasil pendapatan), tidak mengendahkan pantang larang agama, halal dan haramnya sesuatu yang diperolehinya serta tidak mempedulikan nilai-nilai agama dalam kehidupan mereka, malah Islam dipinggirkan dalam hidup mereka.
Pendekatan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata
Sehubungan itu, Allah menjelaskan, menerusi ayat 109 surah al-Isra’ yang bermaksud: "Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangil dan mereka bertambah khusyuk."
Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman sungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa.
Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini yang tidak peka atau prihatin dengan perkembangan semasa yang melibatkan undang-undang Islam yang masih tidak terlaksana dan mereka tidak sedih apatah lagi mengeluarkan air mata kerananya.
Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik, nifaq dan menyanggah hukum Allah SWT, tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam, atau kosong daripada penghayatan agama, walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.
Allah SWT menegaskan dalam ayat 23 surah az-Zumar (39) maksudnya: "Maka apakah orang-orang yang dibuka Allah hatinya untuk menerima Islam lalu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya sama dengan orang keras hati? Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya dari mengingati Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata."
Jelas daripada ayat dan hadis di atas, menunjukkan bahawa nilai air mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT diganjari dengan pahala dan menyebabkan si pelakunya akan dimasukkan dalam syurga, begitulah sebaliknya jika seseorang itu yang menangis bukan kerana takut kepada Allah, maka dia akan dimasukkan dalam api neraka, malah air mata yang dialirkan itu akan menjadi saksi terhadap apa yang dilakukan selama hidup di dunia, sama ada air mata itu akan menjadi penolonga baginya atau sebaliknya.
Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah
Para ulama telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT:
1. Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri.
2. Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya.
3. Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu.
4. Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah.
5. Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.
Sehubungan itu juga, Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah ada menegaskan, bahawa terdapat jenis tangisan yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain berdasarkan kefahaman serta penghayatan seseorang itu terhadap agamanya:-
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm:43)
Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Ibadat pada waktu malam
Sesungguhnya waktu malam adalah satu waktu yang disifatkan paling penting dan utama, bukan sahaja ia bersifat hening dan tenang, malah jauh dari sebarang rasa sikap untuk menunjuk-nunjuk ibadat yang dilakukan kepada orang lain.
Justeru peristiwa penting dalam sejarah Islam kebanyakannya berlaku pada waktu malam seperti peristiwa penurunan al-Quran malam al-Qadr, peristiwa penghijrahan baginda Rasulullah dan Abu Bakr, Israk Mikraj dan lain-lain.
Begitulah juga dengan Rasulullah s.a.w yang merupakan hamba maksum yang dijanjikan Allah syurga, tetapi baginda tetap mendirikan ibadat pada malam hari sehingga pecah-pecah kedua-dua telapak kakinya. Demikianlah gambaran hamba yang mampu bersyukur ke atas nikmat anugerah Allah kepadanya.
Hadis daripada Ali Said r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda: Barang siapa terjaga daripada tidur di waktu malam, dan mengejutkan keluarganya, lalu sembahyang dua rakaat, ditulis bagi mereka itu dalam golongan orang yang mengingati Allah lelaki dan perempuan - Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah.
Abdullah bin Salam menyatakan kata-kata yang mula-mula sekali beliau dengar daripada Rasulullah s.a.w. ialah sabdanya: Wahai manusia berilah salam, beri makan dan hubungkan silaturahim, dan sembahyang malam ketika orang ramai tidur, kamu semua masuk syurga dengan selamat sejahtera - Riwayat Tarmizi.
Sesungguhnya mendirikan ibadat di waktu malam itu amalan para salehin dan muqarrabin. Ia memberi kesan pada pembentukan peribadi, menyumbang kebahagiaan di dunia dan akhirat, menghindarkan penyakit, meraih ketenangan.
Rasulullah s.a.w. menggesa agar setiap orang melakukannya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkannya. Ketika sakit atau terasa malas, baginda sembahyang dalam keadaan duduk. - Riwayat Abu Daud. - mks.
________________________________________
Komen oleh (1) Pembaca
ISLAM AGAMA MUDAH
Dihantar oleh WAN RASHID MOHAMMAD 0176814564, on 02-10-2007 15:52
Ada orang yang sakit mata dan telinga berkata; saya terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hari kerana jika saya titikkan ubat saya nanti batal puasa saya. Saya bertanya dia; siapa yang menyatakan batal? Dia berkata: Ramai yang kata macam itu. Saya kata kepadanya: Dalam hadis disebutkan: Rasulullah s.a.w. bercelak sedangkan baginda berpuasa (riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu baginda tidak lakukan.
Demikian juga anggapan ramai pihak bahawa seseorang yang mandi disebabkan keletihan atau terlalu dahaga pada bulan Ramadan, mengurangkan pahala puasanya. Ada yang menambah, sesiapa yang mandi selepas waktu asar, juga berkurangan pahala puasanya. Sedang di dalam hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh al- Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: “Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr). Maka tidak menjadi kesalahan mereka yang letih atau kekeringan ketika bertugas membasahkan kepala atau mandi demi menambahkan kesegaran dan meneruskan urusan. Agama ini sangat rasional. Ia tidak menyuruh kita keletihan dan tersandar sepanjang hari.
Sesetengah menganggap berbuka puasa dengan air zamzam itu lebih baik. Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis. Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih). Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air… Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan rutab/ tamar sebelum air.
(al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).
Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak.. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh. Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187). Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh). Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal.
Posted by underOneAqidah at Wednesday, May 13, 2009 0 comments
SAMBUTAN HARI VALENTINE
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas baginda
Muhammad s.a.w., kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Allah telah memilih Islam bagi kita sebagai agama kita dan Dia tidak akan
menerima mana-mana agama lain dari sesiapapun, sebagai mana Dia berfirman (yang
bermaksud):-
“Dan sesiapa yang mencari agama lain selain dari Islam, ia tidak akan sesekali
diterima oleh-Nya, dan kelak di akhirat dia akan termasuk di dalam golongan
orang-orang yang rugi” [Aal ‘Imran 3:85]
Dan baginda Rasulullah s.a.w. telah mengkhabarkan kepada kita bahawa sekumpulan
ummatnya akan mengikuti musuh-musuh Allah di dalam sebahagian adat dan upacara
mereka, dan dikhabarkan di dalam hadith riwayat Abu Sa’eed Al-Khudri r.a., yang
meriwayatkan bahawa nabi s.a.w. bersabda: “Kamu semestinya akan mengikuti jalan-
jalan mereka yang dating sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, hasta demi
hasta, sehingga ketika mereka memasuki lubang biawak, kamu akan mengikuti
mereka.” Kami berkata, “Ya Rasulullah, (adakah tuan maksudkan) Yahudi dan
Kristian?” Baginda bersabda, “Adakah sesiapa lagi?!”\
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam al-I’tisaam bi‘l-Kitaab wa’l-Sunnah,
Baab Qawl al-Nabi s.a.w. La tattabi’unna Sanan man kaana qablakum, 8/151; dan
oleh Muslim di dalam Kitaab al-‘Ilm, Baab Ittibaa’ Sanan al-Yahood wa’l-
Nasaara, 4/2054)
Apa yang diperkatakan oleh Nabi s.a.w. telah menjadi kenyataan dan amat meluas
pada masakini, di dalam kebanyakan negara Islam. Ramai dari kalangan orang
Islam mengikuti jalan musuh Allah di dalam adat dan cara hidup mereka, dan
meniru mereka di dalam sesetengah upacara dan menyambut hari kebesaran mereka.
Perkara ini menjadi kian teruk dengan pendedahan media massa di kalangan orang
ramai, di mana upacara dan adat orang-orang kafir disalurkan dengan bunyi-
bunyian dan imej-imej dari negara-negara mereka ke dalam negara-negara Islam,
menerusi TV satelit dan World Wide Web (Internet). Kebanyakan orang Islam telah
terpengaruh dengan mereka.\
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, suatu fenomena baru telah meluas di kalangan
remaj Islam-samada lelaki atau perempuan-yang tidak memberikan petanda yang
baik. Ini ditunjukkan dengan meniru orang-orang Kristian di dalam menyambut
Hari Valentine, yang telah membuatkan para ulama’ dan pendakwah menerangkan
garisan syariat berkenaan perkara ini, ikhlas demi Allah, utusan-Nya, para
pemimpin Islam, agar orang-orang Islam mempunyai kefahaman yang terang dan
jelas berkenaan isu ini dan supaya mereka tidak terjatuh ke dalam kerosakan
Aqidah yang telah Allah kurniakan ke atas mereka.
Ini adalah penerangan ringkas tentang asal-usul, perkembangan dan tujuan
sambutan ini, dan tindakan yang seharusnya diambil oleh orang-orang Islam
berkenaan dengannya.
Kisah Festival Cinta
Festival Cinta adalah salah satu dari festival-festival orang-orang pagan Rom,
ketika paganism adalah agama yang tersebar luas lebih 17 abad yang lalu. Di
dalam konsep pagan Rom, ia adalah luahan “cinta spiritual”.
Terdapat mitos-mitos yang dikaitkan dengan festival pagan Rom ini, persis orang-
orang Kristian. Antara mitos yang paling tekenal adalah suatu kepercayaan orang-
orang Rom bahawa Romulus, pengasas Rom, telah disusukan pada suatu hari oleh
serigala betina, yang memberikan beliau kekuatan dan kebijaksanaan.
Orang-orang Rom telah menyambut perayaan ini pada pertengahan bulan Februari
setiap tahun dengan festival besar-besaran. Salah satu upacara festival ini
adalah pengorbanan seekor anjing dan seekor kambing. Dua remaja yang kuat dan
sasa akan melumurkan darah anjing dan kambing tersebut ke badan mereka, dan
mereka akan membasuh darah tersebut dengan susu. Selepas itu perarakan besar-
besaran akan diadakan, dengan dua remaja ini sebagai ketua, yang akan melaui
jalan-jalan. Dua remaja ini akan memiliki helaian-helaian kulit dan mereka akan
memukul sesiapa yang merimtangi jalan mereka. Wanita-wanita Rom akan menyambut
pukulan-pukulan ini, kerana mereka mempercayai bahawa ia dapat mencegah atau
menyembuhkan ketidak-suburan.
Perkaitan Saint Valentine dengan perayaan ini
Saint Valentine adalah satu nama yang diberikan kepada dua “syahid” purba
gereja Kristian. Dikatakan bahawa mereka terdiri dari dua individu, ataupun
Cuma seorang, yang mati di Rom sebagai kesan dari pembunuhan ketua Gothic
Cladius 296 CE. Pada 350 CE, satu gereja telah dibina di Rom di tapak di mana
dia mati, sebagai tanda memori.
Apabila orang-orang Rom memeluk Kristian, mereka masih menyambut Festival Cinta
di atas, tetapi mereka menukarnya dari konsep pagan “cinta spiritual” kepada
konsep lain yang dikenali sebagai “syahid cinta”, diwakili oleh Saint Valentine
yang telah menyokong cinta dan keamanan, yang telah menyebabkannya “syahid”,
sebagaimana dakwaan orang-orang Kristian. Ia juga dikenali sebagai Hari
Kekasih, dan Saint Valentine dikatakan sebagai penaung saint kekasih.
Salah satu daripada kepercayaan mereka yang berkaitan dengan festival ini ialah
nama gadis-gadis yang telah mencapai umur perkahwinan mereka di atas kertas
bergulung dan diletakkan di dalam pinggan kecil di atas meja. Kemudian pemuda-
pemuda yang ingin berkahwin akan dipanggil, dan setiap dari mereka akan
mengambil kertas tersebut. Dia kemudiannya akan berkhidmat dengan gadis yang
namanya tertulis di atas kertas tersebut bagi tempoh setahun, agar mereka dapat
saling berkenalan. Kemudian mereka akan berkahwin, atau mengulangi prosees yang
sama pada hari festival berikut di tahun yang berikutnya.
Paderi-paderi Kristian bereaksi menentang tradisi ini, di mana mereka
mengatakan bahawa ia memberikan kesan yang buruk terhadap moral pemuda-pemudi.
Ia telah diharamkan di Itali, di mana ia telah dikenali ramai, dan kemudiannya
diamalkan semula pada abad ke 18 dan 19, apabila terdapat di sesetengah negara-
negara Barat kedai-kedai yang menjual buku-buku kecil yang
dipanggil “Valentine’s books”, yang mengandungi syair-syair cinta, bagi sesiapa
yang ingin memberi ucapan kepada kekasih mereka. Ia juga mengadungi cadangan
dan panduan dalam menulis surat cinta.
Telah juga dikatakan berkenaan sejarah permulaan sambutan ini apabila orang-
orang Kristian memeluk Kristian, selepas Kristian meluas, maharaja Rom Caludius
II menetapkan pada abad ketiga CE bahawa soldadu-soldadu tidak dibenarkan
berkahwin, kerana perkahwinan akan mengalihkan tumpuan mereka di dalam
peperangan. Penetapan atau undang-undang ini telah ditentang kuat oleh Saint
Valentine, yang telah melangsungkan perkahwinan bagi soldadu-soldadu tersebut
secara rahsia. Apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan maharaja, baginda
telah memenjaranya dan menjatuhkan hukuman bunuh. Di dalam penjara, dia (Saint
Valentine) telah jatuh cinta dengan anak perempuan si pemenjara, tetapi ini
adalah rahsia kerana di dalam undang-undang Kristian, paderi dan pendeta
dilarang berkahwin atau jatuh cinta. Namun dia tetap disanjung oleh orang-orang
Kristian kerana pendiriannya dan pegangannya yang kukuh terhadap agama Kristian
apabila maharaja menawarkan untuk mengampunkannya jika dia meninggalkan
Kristian dan menyembah Tuhan-Tuhan Rom; kemudian dia akan menjadi salah seorang
pengikutnya yang rapat dan baginda akan menjadikannya sebagai menantunya. Akan
tetapi Valentine menolak tawaran baginda dan lebih cenderung kepada Kristian,
dan kerana itu dia telah dihukum bunuh pada 14 Februari 270 CE, pada dinihari
Februari 15, Festival Lupercalis. Oleh itu hari ini dinamakan sempena saint ini.
Di dalam Story of Civilization, dikatakan bahawa pihak gereja telah membuat
satu kalender di mana setiap hari diperuntukkan sebagai hari perayaan salah
satu daripada saint-saint. Di England, Hari Saint Valentine adalah pada
penghujung musim sejuk. Apabila hari tersebut datang, menurut mereka, burung-
burung mengawan di dalam hutan, dan pemuda-pemuda akan meletakkan bunga-bunga
di tingkap-tingkap rumah gadis-gadis yang mereka cintai. (The Story of
Civilization by Will Durant, 15/23)
Pope memperuntukkan hari kematian Saint Valentine, Februari 14, 270 CE, sebagai
festival cinta. Siapa Pope? Dia adalah “arcbishop, ‘mufti’ terhebat gereja
sedunia, waris bagi Saint Peter.” Lihatlah kepada “arcbishop” ini dan bagaimana
dia menetapkan bagi mereka perayaan ini, yang merupakan rekaan baru di dalam
agama mereka. Ini mengingatkan kita pada firman Allah s.w.t. (yang bermaksud):-
“Mereka (Yahudi dan Kristian) mengambil guru-guru dan pendeta-pendeta mereka
sebagai Tuhan mereka selain Allah (dengan mematuhi mereka di dalam perkara yang
mereka jadikan halal atau haram mengikut kehendak mereka tanpa diarahkan oleh
Allah)…[at-Tawbah 9:31]
Telah diriwayatkan bahawa ‘Adiy ibn Hatim said: “Aku telah datang kepada Nabi
s.a.w. dengan memakai salib emas di leherku. Baginda bersabda, ‘Wahai ‘Adiy,
buangkan simbol ini.’ Dan aku mendengar baginda membaca dari Surah Baraa’ah [al-
Tawbah] (yang bermaksud): ‘Mereka (Yahudi dan Kristian) menjadikan guru-guru
mereka dan paderi-paderi mereka sebagai Tuhan selain Allah.’ Baginda
bersabda: ‘Mereka tidak menyembah mereka, tetapi apabila mereka menghalalkan
sesuatu mereka halalkan, dan apabila mereka mengharamkan mereka sesuatu mereka
haramkan.’ (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan ia adalah hadith hasan)
Antara Simbol-Simbol Penting Perayaan ini
1- Menunjukkan rasa gembira pada perayaan ini, sebagaimana di dalam
festival-festival utama mereka yang lain.
2- Menukar ros merah, yang merupakan luahan rasa cinta, “cinta spiritual”
orang-orang pagan ataupun “cinta” orang-orang Kristian. Oleh kerana itu ia
dikenali sebagai Festival Kekasih.
3- Menghantar kad-kad ucapan. Pada sesetengah kad-kad ini terdapat
gambar “Cupid”, yang seperti seorang kanak-kanak dengan dua sayap, membawa
busar dan anak panah. Ini merupakan dewa cinta di kalangan pagan-pagan Rom-Maha
Suci Allah, jauh dari segala kepalsuan mereka dan penyengutuan mereka terhadap
Allah.
4- Menukar kata-kata cinta dan keinginan di dalam kad-kad ucapan yang
mereka hantar kepada satu sama lain, di dalam ayat, prosa dan frasa ringkas.
Sesetengah kad mengandungi gambar-gambar komik dan lawak jenaka, dan ia
selalunya mengandungi ungkapan ‘jadilah Valentineku’. Ini mewakili konsep
Kristian tentang festival ini setelah ia diambil dari konsep pagan.
5- Di kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari
tersebut dan pada waktu petang, di mana berlaku percampuran lelaki dan
perempuan, dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti
bunga ros dan sekotak coklat kepada si isteri, kawan-kawan dan sesiapa yang
mereka cintai.
Bersambung....
Posted by underOneAqidah at Wednesday, May 13, 2009 0 comments
10 SEBAB M`SIA BKN NEGARA ISLAM
1) Perkara haram, dihalalkan. Ini dapat dilihat apabila judi dan arak boleh dijaja dengan sewenang-wenangnya asalkan mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Kerajaan Pusat. Maknanya, kerajaan sendiri telah bersekongkol untuk melibatkan diri dengan aktiviti haram. Kemudian wang hasil cukai dan lesen dari aktiviti ini dimasukkan semua dalam Perbendaharaan untuk digunakan dalam Bajet negara setiap tahun.
Maknanya, ada surau dan masjid yang telah dibina melalui peruntukan kerajaan, terdapat sebahagian darinya wang yang diperolehi melalui cara yang haram. Oleh itu, kalau nak bina surau dalam taman perumahan anda, adalah lebih baik kutip derma dari masyarakat setempat daripada mengharapkan sumbangan kerajaan.
2) Cuti minggu hari Ahad, bukan Jumaat. Umum sedia maklum bahawa hari kebesaran orang Islam adalah hari Jumaat. Di mana pada hari ini, semua umat Islam adalah digalakkan untuk mengimarahkan masjid dengan melakukan ibadat-ibadat sunat serta wajib. Tapi macam mana nak duduk lama-lama kat masjid kalau dah kena pergi kerja?! Yang bestnya, orang Kristian jugak dapat pergi gereja mereka dengan aman tanpa perlu terkejar-kejar utk keluar pulang semula ke tempat kerja. Bukan ke orang Islam kat Malaysia adalah majoriti?
3) Yang dituduh melakukan kesalahan tidak disiasat, tapi yang membongkar kesalahan yang diperiksa. Perkara ini dapat dilihat dalam kes Rahim Thamby Chik, kes perempuan kena ketuk-ketampi dlm lokap, kes pendedahan salah laku Rafidah Aziz oleh Sdra Ezam, dan sebagainya. Persamaan dalam semua kes ini adalah; yg membongkar kesalahan tersebut yang kena siasat dan masuk lokap (Lim Guan Eng), padahal orang yang membuat salah tu, senang-senang je maintain jawatan dalam Kabinet.
4) Hak rakyat dinafi, hak korporat disanjungi. Ini dapat dilihat dalam kes harga tol, harga bil elektrik, harga bil air, dan sebagainya. Umum sedia maklum dalam kes harga tol, bilangan kenderaan yang melalui lebuh raya kita semakin banyak. Malah setiap syarikat konsesi asyik mengumumkan keuntungan setiap tahun. Namun harga tol masih terus dinaikkan dengan alasan kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan membayar pampasan kepada syarikat konsesi. Tak membebankan kepala hotak dia!! Seorang pakar ekonomi telah melakukan perkiraan baru-baru ini dan didapati, kerajaan sebenarnya mampu membina lebuh raya ini tanpa melibatkan pihak swasta berdasarkan bayaran pampasan serta "soft loan" yang telah diberi kepada konsesi lebuh raya. Tapi sebab puak Kerajaan sibuk nak mengkayakan kroni masing-masing, maka dikaburkan mata semua orang dengan menyatakan Dasar Penswastaan boleh menaikkan taraf ekonomi Bumiputera. Piirah!!!
5) Semua benda nak buat konsert! Sebut saja apa acara sekalipun, semuanya nak dibuat konsert. Malam Tahun Baru, Malam Kemerdekaan, Kutip Derma utk mangsa banjir, dan sebaginya. Silap haribulan Malam Tilawah Al-Quran pun nak buat konsert jemput Mariah Carey dan Tina Turner!! Bercampur-gaul bukan muhrim di malam yang hening, kemudian marah-marah bila pagi esok jumpa kondom atas padang konsert. Orang putih pun dah kata, "one bad deed, will be followed by another".
6) Non-muslim dibenarkan memerintah orang muslim. Satu kajian juga pernah dilakukan oleh pengunjung TranungKite sebelum ini yang menyatakan terdapat banyak kawasan DUN serta Parlimen di Malaysia yang majoritinya orang Islam tapi diwakili oleh ADUN atau MP yang bukan Islam. Rasa-rasa orang kafir ni nak sangat ke memperjuangkan hak orang Islam di kawasan dia tu? Sebab tu saya sokong sangat kalau pengundi di DUN Batu Talam buang undi rosak, agar perasaan mereka dapat didengar oleh semua.
7) Status makanan halal boleh diragui. Ini sebenarnya bab yang sangat sensitif sebab orang Malaysia memang kuat makan. Kalau tengok filem Malaysia aje, pernah tak jumpa filem yang takde langsung adegan makan. Sama ada makan di warung, atau di McD atau di rumah, semua filem atau drama buatan Malaysia mesti ada adegan makan-makan. Sebab memang orang Malaysia ni suka makan. Dan sebagai orang Islam kita diwajibkan untuk memakan makanan halal sahaja. Namun apakan daya, agensi yang telah dipertanggungjawabkan untuk menentukan sama ada makanan itu halal atau tidak, adalah sebuah agensi yg sangat lemah. Logo halal JAKIM adalah sama standardnya dengan logo dacing BN, hampeh semata-mata!! Sepatutnya logo halal JAKIM menjadi benchmark bahawa produk yang ada logo ini sememangnya halal serta boleh digunakan tanpa was-was (ini bukan iklan produk Zaitun!). Lihat saja kereta yang ada logo Mercedez atau Rolls-Royce. Apabila orang nampak saja logo ini, semua orang pasti setuju bahawa kereta tersebut telah dibina menggunakan teknologi kejuruteraan terbaik serta tahan lama. Ini tidak, apabila Colgate mengeluarkan logo halal dia sendiri, pihak JAKIM tidak sedikitpun mempersoalkan ke"halal"an ubat gigi Colgate tersebut. Malah mereka hanya senyap seribu bahasa.
8) Penguatkuasaan undang-undang syariah yg lemah. Pergi sahaja ke Hard Rock, Planet Hollywood, dan lain-lain. Pasti anda akan melihat anak-anak Melayu yang mengaku Islam tapi tanpa segan-silu, berpakaian seolah-olah bogel serta meminum arak. Kemudian pergi pula ke kedai-kedai nombor ekor, pasti anda akan jumpa dengan pakcik-pakcik yang rumah kata pergi, kubur kata mari sedang sibuk memikirkan nombor apa yang akan naik minggu depan. Selepas itu, pergilah pula ke Jabatan Pendaftaran Negara, dan tanyalah ketua jabatan di situ,"Berapa orang Melayu Islam yang nak isytihar keluar Islam hari ni?" Pasti jawapan mereka akan membuatkan anda terkedu! Kesimpulannya di sini, ramai umat Islam di Malaysia sudah tidak ada perasaan malu dengan Tuhan atau masyarakat Islam yg lain kerana mereka dengan mudahnya boleh melakukan perkara-perkara dosa ini tanpa bangkangan dari sesiapa. Nak malu dengan diri sendiri, tak usah haraplah.
9) Hukum hudud tidak dilaksanakan. Alasan kerajaan memerintah kenapa mereka tidak mahu melaksanakan hukum hudud adalah kerana Malaysia sebuah negara majmuk. Piirah mabuk!! Masa Nabi Muhammad SAW menegakkan negara Islam di Madinah, adakah Madinah bukan sebuah negara majmuk? Dengan populasinya yang terdiri dari kaum Yahudi serta Nasrani, Rasullullah tetap berjaya menegakkan sebuah negara Islam. Sebenarnya puak UMNO sendiri yang takut sangat dengan hukum hudud kerana merekalah yang kuat merompak harta rakyat serta membaham anak gadis bawah umur demi melampiaskan nafsu mereka. Kemudian ditakut-takutkan puak MCA serta MIC bahawa hudud itu merbahaya bagi mereka. Nasihat saya kepada pembaca sekalian, jikalau ada sahabat anda yang bukan Islam yang takut dengan hudud, nyatakan sahaja hudud itu suatu hukum yang adil. Kita tidak akan sewenang-wenangnya memotong tangan orang kalau dia tidak bersalah. Lainlah kalau dia betul-betul mencuri, maka memang layaklah tangan mereka dipotong. Kalau tak mencuri, buat apa nak takut dengan hudud?!
10) Nasihat rakyat tidak diendah. Sama ada anda memprotes, menulis melalui akhbar atau menghantar petisyen ke Parlimen, setakat ini saya belum pernah lagi melihat jeritan rakyat didengari oleh kerajaan. Pak Lah beria-ia menyatakan "bekerjalah bersama saya, bukan bekerja untuk saya". Macam mana nak kerja oi, kalau gaji yang diberi tidak setimpal dengan kos sara hidup masa kini? Cakap pasal gaji ni, saya perhatikan yang gaji polis serta tentera dan bantuan untuk peneroka FELDA bukan main lagi macam-macam diberi. Kalau ikhlas sebab nak membantu golongan ini, saya tak kisah. Tapi kalau ada udang di sebalik batu, saya harap golongan ini tidak mudah terpedaya. Sebabnya saya berkata demikian adalah kerana golongan ini merupakan suatu target group yang amat besar. That would mean a lot of votes could come in their way in the next General Election. Tapi berbalik kepada point no.10 ni, sebuah negara Islam sepatutnya sentiasa bersimpati dengan nasib rakyat, selama mana permintaan rakyat itu tidak melanggar syarak serta boleh merugikan Perbendaharaan.
Posted by underOneAqidah at Wednesday, May 13, 2009 0 comments
APA DOSA ABDULLAH HARIS??
Menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat setiap anak yang mereka lahirkan berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan bahagia di akhirat. Dalam proses mencapai cita-cita paling murni itu, setiap ibu bapa mengharapkan anak mereka diberi peluang secukupnya terutama dalam menimba ilmu pengetahuan.
Setiap ibubapa juga akan merasa terkilan dan dukacita sekiranya anak yang mereka harapkan menjadi harta paling berharga di masa depan (anak yang soleh) dinafikan peluang menimba ilmu semata-mata disebabkan perkiraan kemanusiaan yang sama sekali tidak menepati saranan dan anjuran agama
Pelajar cemerlang
Itulah persis apa yang sedang dialami pasangan Ustaz Zakaria Dagang dan Puan Maryani Ismail dari Seberang Takir, Terengganu. Anak ketiga mereka, Abdullah Haris yang sebelum ini diiktiraf pelbagai pihak sebagai pelajar cemerlang, diberitakan telah dinafikan sebarang pembiayaan pelajaran oleh kerajaan negeri Terengganu tanpa sebarang alasan munasabah.
Sekurang-kurangnya dua akhbar harian edisi Terengganu minggu lalu menyiarkan cerita mengenai nasib malang menimpa Abdullah Haris itu.
Kedua-dua akhbar itu menyifatkan Abdullah Haris sebagai pelajar sangat cemerlang, terutama mengambil kira prestasinya dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2006 lalu.
Abdullah Haris adalah antara sebilangan kecil pelajar yang menduduki peperiksaan STAM tahun lalu yang mendapat keputusan Mumtaz dalam semua 10 mata pelajaran yang diambilnya.
Kecemerlangan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu itu bukan setakat didakwa ibu bapa atau media sahaja. Ia dibuktikan dengan sijil-sijil dan anugerah diterimanya dari pelbagai pihak. Penulis sendiri sempat meneliti salinan sijil-sijil dimaksudkan. Antara sijil penghargaan dimilikinya ialah:
1. Sijil Penghargaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan STAM Peringkat Kebangsaan 2007 di Alor Setar, Kedah.
2. Sijil Anugerah Kualiti Y.A.B. Menteri Besar Terengganu (Kategori Pelajar Terbilang STAM 2006) Peringkat Negeri.
3. Sjil Kecemerlangan Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu (Pencapaian Akademik Cemerlang dalam STAM 2006).
4. Sijil Anugerah Kecemerlangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (untuk STAM 2006).
5. Sijil Penghargaan Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang STAM 2006 SMAASZA.
Tiada makna
Abdullah Haris turut mewakili sekolah untuk beberapa acara seperti Tilawah, Tafsir dan Kesenian Islam ke peringkat daerah. Beliau muncul sebagai Johan Pertandingan Pidato Bahasa Arab (Peringkat Menengah Atas), Karnival Soleh Pintar 2005 yang diadakan di Dungun. Program tersebut anjuran Yayasan Terengganu (YT). Di SMAASZA, beliau adalah Ketua Pengawas sekolah, selain memegang berbagai jawatan dalam kegiatan ko-kurikulum.
Segala kecemerlangan dan komitmen beliau dalam pelajaran dan ko-kurikulum bagaimana pun seolah-olah tidak memberi makna buat kerajaan negerinya sendiri. Permohonannya mendapatkan biasiswa/pinjaman daripada YT ditolak mentah-mentah. Pihak YT tidak mengambil masa walau sehari untuk menjawab surat permohonan itu. Surat Abdullah Haris bertarikh 24 Julai lalu, surat jawaban YT juga bertarikh 24 Julai.
Tiada sebarang alasan disertakan, melainkan “permohonan tuan untuk mendapatkan pinjaman dukacita tidak dapat dipertimbangkan dan ditolak”. Seolah-olah keputusan itu telah pun ada dan sedia untuk dilaksanakan. Mudah, bukan?
Banyak pihak memberikan reaksi negatif terhadap tindakan kerajaan Terengganu itu. Lebih-lebih lagi mengambilkira kesungguhan kerajaan melaungkan hasrat melahirkan generasi pintar dan cemerlang.
Bahkan, ada juga disebut hasrat mewujudkan generasi ulul-albab, dalam ertikata penghayatan agama yang tinggi dalam kehidupan akan datang. Apakah pelajar seumpama Abdullah Haris ini tidak menepati ciri-ciri generasi ulul-albab yang nak dibentuk itu?
Bermurah hati
Kerajaan Terengganu juga diketahui sangat bermurah hati dalam membiayai para pelajar yang dipilihnya untuk menyambung pelajaran. Soal peruntukan kewangan rasanya bukan masalah. Sebabnya, jangan dikatakan anak-anak orang miskin, anak para Exco kerajaan yang dah kaya-raya pun turut diberikan biasiswa.
Hingga kini sudah dua kes sebegitu berlaku. Awal 2006 dulu ada kes anak dua Exco negeri diberikan biasiswa kerajaan RM20,000 setahun. Wan Mohd Afif Wan Mohd dan Abdul Hakim Abdul Latiff adalah antara hanya sembilan yang dipilih menerima biasiswa itu daripada sejumlah 81 pelajar cemerlang yang ditemuduga pihak YT.
Awal tahun ini, kes serupa dikatakan berulang lagi. Anak kepada dua lagi Exco turut diberikan biasiswa kerajaan. Alasannya, mereka adalah pelajar-pelajar cemerlang. Tanpa menafikan hak anak-anak itu mendapat kemudahan dan pembiayaan disebabkan kelayakan akademik masing-masing, mengapa dalam kes pelajar cemerlang seperti Abdullah Haris ini pertimbangan sama gagal digunapakai?
Kes pelajar pintar Adi Putra Abdul Ghani juga satu lagi contoh betapa kerajaan Terengganu tiada masalah kewangan. Jangan dikatakan yang tinggal di negeri itu sahaja, yang bermastautin di negeri lain pun akan turut dibiayainya jika ia mahu.
Adi Putra tidak tinggal di Terengganu, tetapi disabitkan ada talian keluarga dengan rakyat Terengganu. Atas alasan itu pun sudah cukup bagi kerajaan negeri menjadikannya “anak angkat” dan mengeluarkan belanja sekian banyak bagi membiayai pengajiannya. Mengapakah kesungguhan sama tidak dipamerkan dalam kes Abdullah Haris ini?
Mangsa keadaan
Bagi penulis, Abdullah Haris adalah mangsa keadaan. Tiada dosa yang dilakukannya sehingga melayakkan dia dilayan sedemikian oleh sebuah kerajaan yang kononnya bercakap soal menjana generasi ulul-albab.
Satu-satunya alasan yang dapat difikirkan ialah penglibatan ibubapa dan keluarganya dalam perjuangan Islam yang tidak sealiran dengan aspirasi pemerintah. Itu sahaja.
Bapanya, Ustaz Zakaria Dagang adalah seorang aktivis Islam yang komited. Sebahagian besar hidupnya sedari usia remaja diwakafkan kepada perjuangan Islam. Beliau aktif di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Terengganu. Beliau antara penggerak utama sehingga tertubuhnya Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (Taski) pertama di Terengganu di akhir 70-an dulu.
Ustaz Zakaria tidak pernah memikirkan untuk memilih kerjaya berpendapatan lumayan. Mungkin baginya, memperhambakan diri kepada usaha menegakkan Islam adalah jauh lebih suci dan berbaloi dibandingkan kemewahan dunia. Satu-satunya kerja yang dilakukannya sejak usia remaja ialah sebagai pegawai sepenuh masa di pejabat Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Bermula sebagai setiausaha kerja (suk) Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI), kemudian suk Dewan Pemuda PAS Terengganu. Hingga kini, beliau khabarnya masih menjadi petugas sepenuh masa di pejabat Perhubungan PAS Terengganu.
Satu-satunya jawatan bergaji yang pernah disandangnya ialah sebagai Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Terengganu (UPNT), sewaktu kerajaan PAS dahulu. Beliau pernah bertanding mewakili PAS untuk kerusi DUN Seberang Takir sebanyak dua kali (pilihan raya umum 1999 dan 2004), tetapi belum menang.
Isteri beliau (ibu Abdullah Haris) adalah surirumah sepenuh masa. Perkongsian hidup mereka menghasilkan sembilan cahaya mata. Alhamdulillah, setakat ini kesemua anaknya turut diniatkan untuk diwakaf kepada perjuangan Islam. Anak sulungnya, Ahmad Suhail telah tamat pengajian Islam dan kini aktif dalam Dewan Pemuda PAS.
Anak kedua, Abdul 'Alim, sedang menuntut di Mesir. Abdul 'Alim adalah bekas pelajar Ma'ahad Tahfiz Padang Midin, seorang yang dianugerahkan suara sangat merdu dan daya ingatan sangat tajam. Selain mampu menghafaz ayat-ayat suci dan mengalunkannya dalam lagu yang indah, Abdul 'Alim juga berkebolehan mendendangkan nasyid. Barangkali antara pembaca ada yang pernah mendengar album nasyid Shoutul Amal yang terbit sedekad lalu. Budak kecil yang menjadi vokalis utama dan mendayu-dayu mengalunkan lagu “Marilah Beramal”, “Guruku” dan lain-lain itu adalah Abdul 'Alim ini.
Dua lagi adik kepada Abdullah Haris juga sedang menuntut di SMAASZA dan bakal mengikuti jejak kecemerlangan ditinggal abang mereka. Manakala kesemua bapa saudara dan emak saudara Abdullah Haris dikatakan sangat aktif di dalam memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini. Antara mereka ialah Ustaz Ismail Che Dagang dan Mohd Fakhrul Anwar Dagang, kedua-duanya petugas sepenuh masa di pejabat parti.
Layanan buruk
Latar belakang keluarganya yang sedemikian dikatakan penyebab utama mengapa Abdullah Haris mendapat layanan buruk dari kerajaan negeri. Sejauh manakah wajarnya alasan itu dijadikan sandaran pemerintah untuk menafikan haknya mendapatkan kemudahan pelajaran disediakan kerajaan, para pembaca sendiri barangkali boleh menilainya.
Kita boleh berbeza pendapat dan pendirian tentang politik kepartian. Tetapi apakah itu mewajarkan kita mendiskriminasi dan menindas sesama bangsa dan agama, sehingga tergamak memangsakan anak-anak yang masih mentah dalam soal sepak-terajang politik?
Apa yang menimpa Abdullah Haris itu suatu yang sangat tidak rasional. Sebagai antara pelajar paling cemerlang di seluruh negara dalam STAM, apa lagi kriteria paling munasabah untuk melayakkan beliau menerima kemudahan pembiayaan pelajaran itu?
Kini tinggal jaminan Rasulullah s.a.w. yang memberi keyakinan kepada kita bahawa niat murni Ustaz Zakaria dan isteri untuk melihat Abdullah Haris berjaya menyambung pelajaran ke Mesir itu akan terlaksana. Janji Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya Allah menjamin rezeki penuntut ilmu”.
Untuk pembaca, tolong selami maksud hadis berikut sebagai renungan bersama. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menerangkan kelebihan para ulama. Sabdanya: “Keutamaan orang yang berilmu di atas orang yang beribadat itu seperti keutamaan bulan purnama di atas seluruh bintang-bintang lainnya.” (riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa-i dan Ibnu Hibban).
Sabdanya lagi, “sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala juga malaikat serta para penghuni langit dan bumi, sampai-sampai semut yang di dalam lubangnya dan ikan yang ada di dalam lautan, semuanya memohonkan rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan pada orang banyak.” (riwayat Tirmidzi).
Jalan ke syurga
Kelebihan penuntut ilmu pula disebut Baginda s.a.w., “Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah akan melorongkan baginya jalan menuju ke syurga.” (riwayat Muslim).
Sabdanya juga, “Sesungguhnya para malaikat akan melindungi penuntut ilmu dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan apa yang dibuatnya.”
Dan lagi, “Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka ia dipintarkan dalam hal keagamaan dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam hal itu.” (hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Tabrani).
Penulis percaya (dan berdoa), Abdullah Haris adalah antara insan yang dikehendaki baik oleh Allah sebagaimana dimaksudkan hadis ini. Maka bagaimanakah kita mampu menolongnya mencapai cita-cita murninya? Ingatlah bahawa sumbangan kita untuk melahirkan ilmuan islam atau ulama adalah saham berkekalan.
Sabda Rasulullah s.a.w. “pendorong kepada kebaikan adalah sama dengan yang mengerjakannya (perihal pahalanya).” (riwayat Tirmidzi). Ustaz Zakaria boleh dihubungi menerusi talian 019-9878693. Allahu Akbar!
Note: Ini Malaysia Negaraku yang akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-50, pemimpin masih Jakun dan masih di zaman batu....
Posted by underOneAqidah at Wednesday, May 13, 2009 5 comments
SOLAT ATAU SEMBAHYANG??
Hikmah dan sebab dinamai ‘ibadat yang penting terkenal ini dengan nama shalat, adalah kerana mengingat bahwa di dalam shalat itu terdapat “tawajjuh” (usaha berhadap diri pada Allah) dan “do’a” (seruan memohonkan hajat dan ampunan kepada Allah s.w.t.)
Mengingat hal ini amat utamalah kita memakai kata shalat, jangan memakai terjemahannya = sembahyang. Apalagi apabila diingat bahwa kata sembahyang itu berasal dari bahasa Sankrit, yang bererti menyembah dewa.
Dalam cerita-cerita Hindu kita mungkin pernah mendengar perkataan ‘Yang’ / ‘Iyang’, seperti “berIyang-Iyang” atau “Sang Yang”. Jadi, berkemungkinan besar ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu adalah nama dewa yang mereka sembah. Dalam sejarah orang Melayu sebelum Islam datang adalah berugama Hindu. Mereka kemungkinan menggunakan perkatan sembah Iyang atau sembah Yang yang bererti sembah dewa yang bernama Yang / Iyang.
Atau mungkin ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu bererti ‘tuhan’ yang dimaksudkan “yang pencipta dan yang patut disembah”. Ini memberi erti bahawa pengenut ugama Hindu menganggap dewa itu adalah Iyang / Tuhan mereka. Dan bagi kita orang Islam Tuhan / Iyang (jika Iyang bererti tuhan) sebenarnya adalah dan hanyalah Allah s.w.t.
Jika begitu sembahyang (asalnya sembah Yang / Iyang) itu boleh bererti sembah tuhan. Jadi ini pun bagi saya masih belum tepat digunakan. Coba, mithalnya, ‘Yang’ itu ditukar kepada perkataan ‘tuhan’ dalam kalimat “sembahyang Fardhu Dzohor”, maka ia akan berbunyi “sembah tuhan Fardhu Dzohor”. Ini boleh menyerongkan dan merosakkan ‘aqidah bila disebutkan untuk shalat-shalat lain yang terdapat bermacam-macam dalam seharian kita, kerana seolah-olah pengertiannya bahawa banyak tuhan yang hendak disembah dalam seharian….. na’uuzubillaa-hi min zaalik……..
Dari itu nasihat saya untuk diri saya dan untuk saudara seagama yang dikasihi sekelian adalah lebih baiknya, bagi menolak kemungkinan-kemungkinan tersebut, kita membiasakan menggunakan perkataan ‘sholat’ dari mengunakan perkataan ‘sembahyang’, tambahan lagi tidak susah rasanya untuk kita menyebutkan dan mempergunakan perkataan ‘sholat’ itu.
Sekian, harap dapat dibetulkan jika terdapat sebarang kesalahan atau ketergelinciran pendapat, kerana jika ianya benar maka itu adalah hidayah dari Allah, dan jika salah itu adalah kelemahan saya yang coba dengan ikhlas untuk menyebarkan dan menyampaikan sekadarnya ilmu yang ada.
Wallaa-hu a’lam………
Posted by underOneAqidah at Wednesday, May 13, 2009 0 comments
MAKNA PEPSI
Tahukah anda bahawa PEPSI mempunyai maksud yang tersendiri. Jika Muslim & muslimat ingin tahu, PEPSI membawa maksud
.............. Pay Every Pound Save Israel .......................................
Saya mendapat tahu daripada seorang rakan saya semasa memberi tazkirah di SMAP Labu. Saya berharap berita ini disebarkan kepada semua umat islam di negara kita
Posted by underOneAqidah at Wednesday, May 13, 2009 0 comments
UMAT ISLAM TAK SOLAT??!!?
Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.
Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya
1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.
Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.
2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.
Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!
3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.
Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!
4. Golongan yang lalai dalam sembahyang
Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.
5.Golongan yang sembahyang tarik tali.
Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.
6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.
Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!
7.Golongan yang selamat.
Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.
8.Golongan muqarrabin
Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.
9. Golongan siddiqin
Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.
Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat.
Posted by underOneAqidah at Wednesday, May 13, 2009 0 comments