Thursday, February 16, 2012

EXAM is Tiru. Erk?

Assalamualaikum..

Meniru dan dapat markah tinggi

Jujur dan dapat markah rendah

Yang mana terbaik? Ya.. jujur dan dapat markah tinggi lah yang terbaik. itu sudah pasti. Terkadang sangat sukar untuk mendapatkan hasil yang terbaik tu. Terkadang mendapat markah rendah itu lebih baik daripada mendapat markah tinggi tetapi meniru. Ya. situasi sekarang terlalu berbeza. Ramai antara kita yang mengamalkan budaya meniru sesama sendiri sebab nak dapat result yang cemerlang. Kenapa ya? Saya tahu semua orang mengimpikan kejayaan. Tapi hakikatnya tercapaikah semua impian itu dengan MENIRU? Saya rasa tak. Apa yang kita risaukan sangat tu? Mungkin, bila orang nampak result kita rendah,orang akan ejek kita,perli kita. Tapi itu semua dunia. Berita baiknya kita tak meniru. Kita jujur. Itu yang penting. Hal dunia perlu diseimbangkan dengan akhirat. PERLU! Dunia ni Allah yang punya. Akhirat pun Allah yang punya. Hurm..


Walaupun dapat result cemerlang tapi kita sedar,sangat sedar yang kecemerlangan kita tu hasil daripada kerja meniru,apa yang kita dapat?

Pujian orang ramai – dapat.

Ranking tinggi – dapat.

Hadiah – dapat.


‘’Wah..hebatnya pelajar ni.’’

“ betul semua?kagumnya..”

“genius budak ni. Sejuk hati ibu mengandung.”

padahal result tu hasil daripada kerja meniru. Dan banyak lagi lah yang kita dapat. Tapi, Allah puji ke? Tak. Allah marah lagi ada lah. Ichh.. kalau sayang Allah , mesti kita tak berani buat macam tu. Kalau kita letak Allah di carta hati yang tertinggi, kita mesti tak sanggup nak meniru. Kan? Kalau kita meniru, nikmat kejayaan pun tak dapat. MENIRU dalam exam means kita mengkhianati ibu bapa, kita mengkhianati guru2 kita ,mengkhianati amanah yang diberikan kepada kita. Dah bila khianat macam tu,ada berkat? TAK ADA! dan bila kita meniru ni, kita ambil hak orang lain. Ya, hak orang lain. Orang yang sepatutnya dapat ranking sekian2, tiba2 jatuh ranking nya disebabkan kita. Kita ambil hak dia! Bukankah itu kejam namanya?


Exam nie bukan dibuat saja2.Pihak jabatan pendidikan mengadakan exam ni untuk menilai sejauh mana potensi dan kelemahan kita dalam sesuatu mata pelajaran. Jadi, apa erti semua exam ni kalau calon2 meniru? Tak ada erti sama sekali. Dan kita sendiri pun tak dapat menilai sejauh mana kefahaman kita terhadap subjek2 yang dipelajari tu. Bila kita jujur dengan diri sendiri,tak meniru orang, kita akan dapat mengenalpasti kesilapan dan kelemahan kita. Belajar dari kesilapan kan bagus? Mungkin kita merasa cukup dengan apa yang kita ulangkaji lalu kita jadi overconfident. Then,bile dapat keputusan, rupa-rupanya banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Haa,kan bagus tu? Biarlah markah rendah pun, at least kita tak meniru. And kita sendiri tahu di mana kesilapan kita. Sekali gus kita akan semak semula dan study balik subjek atau topic yang lemah tu. Tapi kalau meniru? Nak tahu macam mana yang kita ni kurang faham topic apa? Sampai tak tahu nak tekankan pada topic mana. Susah kan?


Walaupun kita dapat markah rendah tetapi kita jujur, Allah akan tolong kita mencari semangat baru. Semangat untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Semangat untuk berjaya kerana Allah. InsyaAllah. Kejujuran ni mengajar tentang disiplin diri. Orang yang berdisiplin, akan tegas dan mempertahankan prinsip hidupnya. Orang yang berdisiplin akan menjaga maruahnya. Meniru adalah satu perbuatan yang menjatuhkan maruah. Kalau rasa tak bermaruah sangat , dipersilakan meniru. Harap maklum.


Kadang-kadang sikap ibu bapa yang terlalu menggantungkan harapan yang tinggi kepada pelajar juga membuatkan pelajar2 ni mengambil keputusan untuk meniru. Yalah, bila tiada keyakinan diri, bila merasa diri itu tidak hebat, selalu berfikiran negative , jalan penyelesaiannya adalah meniru. Contohnya time exam dah dekat, mak bagitahu,

“kalau boleh mak nak tengok la anak mak sorang ni berjaya.. A sorang je la harapan mak.mak harap sangat2..”

Memang betul semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak2 mereka. Tapi kalau siap ada ugutan membina lagi tu?

“kalau A tak dapat markah sekian2,mak tak nak bagi duit poket selama sebulan.”

“A kene dapat markah sekian2,kalau tak mak block line internet.”

Haa…kan naye? So bila kita dah terdesak, of course kita akan mencari idea untuk mengelakkan dari berlakunya perkara2 yang tak diingini. Tapi saya ada la fikir2 jugak kan, selamba derk je diorang meniru. Tak rasa bersalah ke? Tak hadir ke dalam hati kecil diorang sedikit pun tentang dosa pahala? Meniru dalam perkara macam ni kan haram. Kita nampak perkara tu remeh padahal ia memberi impak yang agak besar terhadap masa depan kita. Tak terfikirkah semua tu?


Haa pesanan ni bukan untuk orang yang meniru je. orang yang bagi tiru pun tak boleh jugak! mungkin kita bagi tiru atas dasar tolong kawan. Tapi semua tu langsung tak mengelakkan diri kita daripada dikira bersubahat. Nasib malang lagi kalau kita tertangkap sebab bagi tiru. Nauzubillah..


Jadi saya menyeru kepada rakan2 saya,ingatlah. Senang sangat nak cari redha Allah kat dunia ni. Atas diri kita je yang nak ke tak nak. Bila dunia seiring dengan akhirat , insyaAllah banyak ganjaran yang menanti.Assalamualaikum.^^

0 comments: