Friday, February 1, 2013

Tudung Menjadi Kambing Hitam

Assalamualaikum..



  A: Aku paling tak suka tengok perempuan pakai tudung bermesra-mesraan dengan pakwe diorang.
  B: Aku pun macam tu jugak. Perempuan macam ni baik jangan pakai tudung!
  A: Betul tu. daripada pakai tudung tapi perangai...... ich ich ich.


Sering kita mendengar sahabat-sahabat kita berdialog seperti itu kan? terutamanya mereka yang belum memakai tudung atau mereka yang tidak memakai tudung dengan sempurna. Ya,husnuzon saja.mereka masih belum memahami dengan betul tentang pemakaian tudung dan penutupan aurat dengan betul. :)

Tapi..

Malang sekali nasib tudung tu kan? Yang salah tu si pemakai.. tapi tudungnya juga dipersalahkan sekali.
Lagi parah lagi mereka mengatakan, 
             
                    "Lebih baik jangan pakai tudung kalau perangai buruk macam tu!"

Erk.

Dah kalau tak pakai tudung, ditambah lagi dengan perangai buruk, begitu dikatakan lebih baik? Apakah?
Tu maknanya bagi mereka perbuatan mazmumah (tercela) tu boleh dilakukan asalkan kita tak pakai tudung.
#Ehh.

Kan perbuatan mazmumah itu tetap dosa dilakukan oleh manusia walau siapa pun dia. Tak kira lah kaya ke, miskin ke, lelaki ke,perempuan ke,pakai tudung ke, tak pakai tudung ke..besarnya dosa yang mereka lakukan tetap sama.. hukuman yang mereka terima pun sama juga.

Dah tu macam mana mereka boleh cakap macam tu?

Dah nama pun manusia biasa.. memang tiada yang sempurna.. sama juga semua perempuan yan memakai tudung.. mereka juga hanyalah manusia biasa yang mungkin khilaf atau lupa..

Tak ada tuntutan tudung itu hanya boleh dipakai oleh mereka yang telah sempurna akhlaknya..

Bukan ke sudah jelas bahawa tudung wajib dipakai oleh semua perempuan Islam yang sudah baligh seperti wajibnya solat..

Tak kisahlah perangai macam apa pun mereka.. sebab perangai tu atas diri mereka sendiri.. atas man masing-masing..

Tapi sungguh,masih ada yang fikir memakai tudung itu hanya sunat.

 "Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya),kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)........" -Surah An-Nuur:,ayat 31

Janganlah menyalahkan tudung mereka.. tapi ingatkanlah secara berhikmah..
Nasihatilah mereka jika kalian tahu perbuatan yang mereka lakukan itu salah..
dan tidak perlu sempurna dulu untuk boleh mengingatkan sahabat kita yang salah.

Namun alangkah baiknya jika kalian bertudung dengan sempurna dan berakhlak sempurna sehingga nasihatmu mudah diterima oleh mereka..
Bukankah saling mengingatkan sesama saudara muslim itu mendapat pahala? :)

Jangan sampai iman pudar lalu hawa nafsu yang menang..
Kalau itu yang terjadi. maka cinta Allah yang agung tidak akan pernah boleh dirasai.
Cinta antara manusia pun hanya akan berbuah malapetaka..
Keinginan kita menuju syurga-Nya akan sirna.

Wallahua'lam.

#StriveForMardhatillah



Thursday, February 16, 2012

EXAM is Tiru. Erk?

Assalamualaikum..

Meniru dan dapat markah tinggi

Jujur dan dapat markah rendah

Yang mana terbaik? Ya.. jujur dan dapat markah tinggi lah yang terbaik. itu sudah pasti. Terkadang sangat sukar untuk mendapatkan hasil yang terbaik tu. Terkadang mendapat markah rendah itu lebih baik daripada mendapat markah tinggi tetapi meniru. Ya. situasi sekarang terlalu berbeza. Ramai antara kita yang mengamalkan budaya meniru sesama sendiri sebab nak dapat result yang cemerlang. Kenapa ya? Saya tahu semua orang mengimpikan kejayaan. Tapi hakikatnya tercapaikah semua impian itu dengan MENIRU? Saya rasa tak. Apa yang kita risaukan sangat tu? Mungkin, bila orang nampak result kita rendah,orang akan ejek kita,perli kita. Tapi itu semua dunia. Berita baiknya kita tak meniru. Kita jujur. Itu yang penting. Hal dunia perlu diseimbangkan dengan akhirat. PERLU! Dunia ni Allah yang punya. Akhirat pun Allah yang punya. Hurm..


Walaupun dapat result cemerlang tapi kita sedar,sangat sedar yang kecemerlangan kita tu hasil daripada kerja meniru,apa yang kita dapat?

Pujian orang ramai – dapat.

Ranking tinggi – dapat.

Hadiah – dapat.


‘’Wah..hebatnya pelajar ni.’’

“ betul semua?kagumnya..”

“genius budak ni. Sejuk hati ibu mengandung.”

padahal result tu hasil daripada kerja meniru. Dan banyak lagi lah yang kita dapat. Tapi, Allah puji ke? Tak. Allah marah lagi ada lah. Ichh.. kalau sayang Allah , mesti kita tak berani buat macam tu. Kalau kita letak Allah di carta hati yang tertinggi, kita mesti tak sanggup nak meniru. Kan? Kalau kita meniru, nikmat kejayaan pun tak dapat. MENIRU dalam exam means kita mengkhianati ibu bapa, kita mengkhianati guru2 kita ,mengkhianati amanah yang diberikan kepada kita. Dah bila khianat macam tu,ada berkat? TAK ADA! dan bila kita meniru ni, kita ambil hak orang lain. Ya, hak orang lain. Orang yang sepatutnya dapat ranking sekian2, tiba2 jatuh ranking nya disebabkan kita. Kita ambil hak dia! Bukankah itu kejam namanya?


Exam nie bukan dibuat saja2.Pihak jabatan pendidikan mengadakan exam ni untuk menilai sejauh mana potensi dan kelemahan kita dalam sesuatu mata pelajaran. Jadi, apa erti semua exam ni kalau calon2 meniru? Tak ada erti sama sekali. Dan kita sendiri pun tak dapat menilai sejauh mana kefahaman kita terhadap subjek2 yang dipelajari tu. Bila kita jujur dengan diri sendiri,tak meniru orang, kita akan dapat mengenalpasti kesilapan dan kelemahan kita. Belajar dari kesilapan kan bagus? Mungkin kita merasa cukup dengan apa yang kita ulangkaji lalu kita jadi overconfident. Then,bile dapat keputusan, rupa-rupanya banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Haa,kan bagus tu? Biarlah markah rendah pun, at least kita tak meniru. And kita sendiri tahu di mana kesilapan kita. Sekali gus kita akan semak semula dan study balik subjek atau topic yang lemah tu. Tapi kalau meniru? Nak tahu macam mana yang kita ni kurang faham topic apa? Sampai tak tahu nak tekankan pada topic mana. Susah kan?


Walaupun kita dapat markah rendah tetapi kita jujur, Allah akan tolong kita mencari semangat baru. Semangat untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Semangat untuk berjaya kerana Allah. InsyaAllah. Kejujuran ni mengajar tentang disiplin diri. Orang yang berdisiplin, akan tegas dan mempertahankan prinsip hidupnya. Orang yang berdisiplin akan menjaga maruahnya. Meniru adalah satu perbuatan yang menjatuhkan maruah. Kalau rasa tak bermaruah sangat , dipersilakan meniru. Harap maklum.


Kadang-kadang sikap ibu bapa yang terlalu menggantungkan harapan yang tinggi kepada pelajar juga membuatkan pelajar2 ni mengambil keputusan untuk meniru. Yalah, bila tiada keyakinan diri, bila merasa diri itu tidak hebat, selalu berfikiran negative , jalan penyelesaiannya adalah meniru. Contohnya time exam dah dekat, mak bagitahu,

“kalau boleh mak nak tengok la anak mak sorang ni berjaya.. A sorang je la harapan mak.mak harap sangat2..”

Memang betul semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak2 mereka. Tapi kalau siap ada ugutan membina lagi tu?

“kalau A tak dapat markah sekian2,mak tak nak bagi duit poket selama sebulan.”

“A kene dapat markah sekian2,kalau tak mak block line internet.”

Haa…kan naye? So bila kita dah terdesak, of course kita akan mencari idea untuk mengelakkan dari berlakunya perkara2 yang tak diingini. Tapi saya ada la fikir2 jugak kan, selamba derk je diorang meniru. Tak rasa bersalah ke? Tak hadir ke dalam hati kecil diorang sedikit pun tentang dosa pahala? Meniru dalam perkara macam ni kan haram. Kita nampak perkara tu remeh padahal ia memberi impak yang agak besar terhadap masa depan kita. Tak terfikirkah semua tu?


Haa pesanan ni bukan untuk orang yang meniru je. orang yang bagi tiru pun tak boleh jugak! mungkin kita bagi tiru atas dasar tolong kawan. Tapi semua tu langsung tak mengelakkan diri kita daripada dikira bersubahat. Nasib malang lagi kalau kita tertangkap sebab bagi tiru. Nauzubillah..


Jadi saya menyeru kepada rakan2 saya,ingatlah. Senang sangat nak cari redha Allah kat dunia ni. Atas diri kita je yang nak ke tak nak. Bila dunia seiring dengan akhirat , insyaAllah banyak ganjaran yang menanti.Assalamualaikum.^^

Friday, December 16, 2011

Iphone 4S~

Don't be left behind! Complete ur #MaxisiPhone4s experience with iValue plans!

Thursday, December 15, 2011

Saya,Anda,Muslimah dan Jilbab

Assalamualaikum. Annyeong!


hee~ kali ni nak membebel pasal tudung . Specificnya nak cakap pasal jilbab.JILBAB?ha’ah..jilbab ler…aigoo..= =’


JILBAB.


Siapa yang pakai?semestinya kita akan jawab : Orang Islam.Ye ke? Habis tu , kenapa ramai je orang Islam yang tak pakai? Bukan kata jilbab je , tudung pun tak pakai. Kalau kita lihat, ramainya yang membangkang, memberontak, mempersoalkan tentang perintah Allah memakai jilbab ini.


Firman Allah:


''Katakanlah kepada wanita beriman,hendaklah mereka menahan pandangan mereka,memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa nampak.Hendaklah mereka menutupkan jilbab mereka ke dada mereka,dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka,ayah mereka,ayah suami mereka.." (An-nur:31)


Firman Allah lagi:


“Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri orang mukmin hendaklah ia menjulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Al-Ahzab:59)


Sebenarnya ramai orang yang mengenakan tudung. Tapi niatnya hanya sekadar menutup kepala sahaja. Laaa.. dah nama pun tudung, memang la tutup kepala saja. Aiii.. bukan tu maksud saya. I mean that, pakai tudung saje je laa… tiada nilai pada tudung tu. Tidak bersungguh2 menjaga aurat. Aikk? Ade ke camtu? Of course la ade.. Pakai tudung, tetapi saiznya kecil atau jarang,ditambah lagi dengan baju dan seluar yang SUPER ketat dan singkat. Golongan ini memang ada di mana2 sahaja di seluruh Malaysia. Tapi kalau di kawasan kalian memang tiada golongan seperti ini, Alhamdulillah..=D


Hurm.. Seperti firman di atas,sangat2 jelas Allah memerintahkan kita supaya melabuhkan jilbab ke dada. Tapi? Apa yang berlaku? Oh no..! Fesyen sekarang membutakan mata ummat manusia.. Maaf kalau saya katakan.. Tetapi itulah hakikatnya! Mereka mencipta variasi tudung yang betul2 terletak atas dada mereka. Malah ada yang terang-terangan menonjolkan bentuk dada mereka. Sungguh, saya tak faham. Apa sebenarnya yang menghalang mereka untuk memakai jilbab selari dengan syariat Islam? Bimbang lelaki2 tak dapat melihat tubuh badan mereka? Bimbang dikatakan manusia kolot? atau…apa? Please.. DO ENLIGHTEN ME!! Nak tahu sangat2 ni..


“Hok alohh..ce tengok,ramai je kan yang pakai tudung , tapi cehh…Hampeh! penipu, penyangak, hipokrit, tak solat,yada3..haihh..yang penting hati baik la kak..”


Eh2.. Siapa yang turunkan perintah berjilbab ni? Orang yang pakai tudung ke Allah? Allah kan.. Lagi satu, kenapa mencari keburukan wanita berjilbab yang imannya mungkin masih belum mantap? Kenapa…..? Buang yang keruh, ambil yang jernih.. baru lah teguh peribadi kita.. Jangan sibuk mencari keburukan orang lain tanpa berniat untuk memperbaiki orang tersebut tetapi hanya untuk mengutuk dan mempersenda mereka..No No No! Allah marah tau!


Ada jugak yang kata bahawa jilbab ni menyusahkan kita untuk bergerak aktif. SAY WHATT?? siapa kata?? Ce kabo.. jilbab nie halang kita dari apa? Kabo sket..Nak tau gak ni.. Kita ni bukan orang zaman dulu yang kena pergi berperang apa semua tu! kita cuma pergi sekolah, pergi tuisyen, kuliah, kerja.. siap berseronok lagi. So, apa yang susahnya? Bukaaaaaak mata kalian luas2, ramai tak wanita berjilbab di luar sana yang menjadi suri rumah, yang bekerja, yang hadir ke kuliah, ke tuisyen.. Malah ada yang aktif dalam organisasi2 yang sememangnya memerlukan banyak tenaga dan pergerakan fizikal! Kagumnya, mereka mampu melakukan semua itu tanpa menjadikan jilbab sebagai batu penghalang. Hebat kan !


Kalau rasa yang memakai jilbab labuh itu menyukarkan kita untuk mendapat peluang pekerjaan, ingatlah… Allah itu Maha Kaya. Allah yang mengatur rezeki. Bukan pengarah filem, bukan penulis majalah, bukan siapa2 okey.. No No No..Allah akan memberikan yang THE BEST EVER buat hamba2-Nya yang beriman dan bertaqwa.. InsyaAllah..=)


Natijahnya, kita perlu menyingkirkan rasa malas dan please.. STOP! berhentilah mencari alasan untuk membenarkan perbantahan kalian terhadap jilbab.. Kita perlu sedar betapa pentingnya peranan jilbab, kerana apabila kita memakainya ikhlas kerana Allah SWT maka hakikatnya kita telah menang di Akhirat nanti.Subhananllah! =D


Jilbab sangat2 lah mulia..Kemuliaan itu tercermin dari fungsi jilbab yang darjatnya lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan pakaian wanita yang terlalu bersifat keduniaan sekarang ni. Ingat, jangan sesekali kita menodainya dengan sifat kemunafikan kita kerana jika demikian,jilbab tidak lagi menjadi perlindungan,malah ia akan mendatangkan kecelakaan pula.Nauzubillah..


Sampai di sini saja coretan pena saya kali ni..Maafkan saya jika bahasa saya tidak sedap di baca atau apa2 saja kesalahan saya sepanjang pembacaan kalian.. Syukran kerana sanggup habiskan pembacaan anda..insyaAllah besar ganjarannya..thanx a lot!=D

Ukhuwwah fillah..


Wassalam..=)


GIVEAWAY!!


assalamualaikum!

hye234 ! wuaa .. lame betul tak update ! hehe ... urmm .. what ? giveway ? taraaaa ! hehe .. saya cume sertai je .. bukan nak bagi kat korang .. hua234 .. btw , join la giveaway contest nie .. comei sangat hadiah dye .. I loike ! hoho ..click3 on this link to parcipitate ! >.<
tu je yang ingin di promote hari ni..Ukhuwwah Fillah..Wassalam..=)

Saturday, April 30, 2011

maaf...

saya memohon seribu kemaafan kepada orang yang membaca dan komen post saya pasal kitab injil asli dijumpai tu.sebetulnya saya cuma copy post tu dari blog yang lain.salah saya juga sebab tidak menyelidik dengan lebih lanjut tentang perkara itu.dan salah saya juga kerana memandang rendah kepada agama2 lain.ya,anda berhak membela agama anda.walaupun saya sebagai Muslim,saya kagum dengan anda(yang menulis komen di post tersebut),kerana mempertahankan agama anda.dan,memang benar yang post itu memang menghina agama anda.jadi,saya memohon berbanyak maaf pasal post itu.jika ada post saya yang lain yang menghina agama anda,tolong,tolong komen di sini supaya tidak berlaku permasalahan dan permusuhan antara kita.


terima kasih.

Friday, February 4, 2011

36 Orang Terkandas Mendapat Bekalan Makanan Ringan

KAHERAH, 3 Feb - PMRAM hari ini terus menabur bakti kebajikan dalam membantu mahasiswa Mesir. Kemelut yang melanda kestabilan politik Mesir sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa urusan tergendala sementara waktu.

Seramai 36 orang mahasiswa Malaysia hari ini dicatatkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk pulang ke destinasi terntentu.

Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) diketuai Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan, Saudara Mohd Farkhan B Md Zain menyampaikan bekalan makanan ringan kepada mahasiswa Malaysia yang terkandas.

Turut serta dalam misi kebajikan ini Naib Presiden I Saudara Mohd Adlan B Mokhtaruddin dan Naib Presiden II Saudara Mohamad Azlan B Alias di Terminal 3 sebentar tadi. Tinjauan pihak PMRAM mendapati keadaan lapangan terbang sesak dipenuhi dengan penumpang.

Keadaan stabil dan terkawal dengan kawalan pihak keselamatan Mesir dan pengurusan lapangan terbang. Saudara Mohamad Azlan ketika ditemui menyebut bahawa keadaan jalan raya seperti biasa dan kenderaan mula memenuhi jalan untuk meneruskan aktiviti harian.