
# Pandang jari anda, genggam kuat-kuat, dan angkat ke atas sambil melaungkan ''Allahuakbar" .Itulah rukun Islam yang wajib dijunjung.
Sunday, February 14, 2010
ADA APA PADA JARI
Posted by underOneAqidah at Sunday, February 14, 2010 0 comments
Monday, December 28, 2009
competiti0n!!!
beznyer kem selama 3 minggu nie!!kem hafazan tp disertai dgn pelbagai program yang bez2!!gmbar kt bwah nie adalah gmbar semasa pertandingan nasyid antara kumpulan..


kalau k0rang perhati bt0l2,fesi ade memegang uncang kaler hijau..dlm 2 ade sejenis rempah yang kit0rang harus hidu dan kenalpasti bt0l2..ade dlm salah satu uncang 2,ade belacan..saya alergi ngan blacan nih..ape lg..lpas 2 hidung mule gatal2 n...HAACCHHUUM!!!bersin x brenti2..hidung pun merah..h0h0..0rg len gelak ajer..

nie bdaq laki men b0la..xder pape p0n..sukaneka nieade byk game au..mkn buah tembikai,tenung2,sepak b0la..etc.nie gmbar time men b0la bayang..ade org panggil b0la api.lantak r pape p0n nama dye,yg pasti org tgh xleh kna bola..2 saya tgh duk kt tgh..tinggal saya s0rang je..fuhh!!tkut gak klau kna..klau tinggal s0rang je lg..kt0rang kna kira sampai 10 kali..kalau 0rg tgh 2 x kna bola sampai 10 kali,geng2 bdaq yg duk tgh td bley masuk balik..cam2 r kt0rang men..
Posted by underOneAqidah at Monday, December 28, 2009 0 comments
Thursday, December 10, 2009
kisah binatang yang bernama huraisy
Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
Posted by underOneAqidah at Thursday, December 10, 2009 0 comments
Monday, November 23, 2009
ADAKAH UMAT ISLAM SEMAKIN PUPUS..??
Monday,23 November 2009
Kes murtad di Malaysia sudah berada di dalam paras kritikal dan kes ini lebih terjurus di kalangan kaum melayu yang majoritinya menganuti agama Islam. Cuma lagi tiada pembunuhan beramai-ramai secara jelas, namun agama dan akidah kita disembelih sedikit demi sedikit oleh kafir laknat hari ini.
1. Umat Islam sudah boleh murtad dan berani berdiri di khalayak ramai sambil menjerit mengatakan haknya untuk murtad, orang Islam sendiri (pemimpin dan hakim-hakim) merestuinya.
2. Jilbab dan serban adalah diharamkan pemakaiannya oleh hakim Islam sendiri(sesetengah tempat), kita hanya memerhatikan tanpa dapat berbuat apa-apa.
3. Sunnah nabi ditolak kerana tidak relevan dengan kehidupan moden hari ini.
4. Zina dan maksiat berlaku terang-terangan antara orang Islam, termasuk bohsia dan bohjan/jalang/gigolo/gay dll
5. Berpakaian menjolok mata tanpa rasa malu atau bersalah, umat Islam sendiri turut menyatakan ia adalah kehendak moden dan orang lain tidak boleh melarang mereka.
6. Kaki mabuk menjadi ikutan muda-mudi.
7. Undang-undang dan perlembagaan menjadi rujukan, al-Quran dan hadis hanya dijadikan sebagai pembuka doa majlis dan doa makan. Ramai anak muda sudah tidak tahu mengucap dan sembahyang.
8. Orang jahil menjadi ketua/pemimpin.
9. Gerakan menyongsangkan akidah oleh pertubuhan dan ngo yang diiktiraf oleh kerajaan yang dikatakan negara Islam.
10. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa menjadi-jadi, rakyat terus diabaikan dan perut sendiri menjadi keutamaan.
Semakin lama dan dalam diam ahli kafir mula mengumpul kekuatan untuk
menjatuhkan orang Islam, bermula dengan kes natrah di awal tahun 50-
an yang menyebabkan berpuluh-puluh orang melayu ditembak dan
berbelas yang lain dihukum gantung sampai mati kerana menentang
kemurtadan natrah. kini, selepas 49 tahun kemerdekaan kita, umat Islam sekali
lagi menjadi tatapan peristiwa yang hampir sama namun kali ini agak
banyak, kebanyakan umat islam dan pemimpin islam terus menyepi dan
hanya memandang perkembangan ini tanpa ada tindakan yang
sewajarnya diambil oleh kita. tidak malukah kita sebagai orang islam hanya memandang
tanpa bertindak apa2 tentang hal ini, sedangkan kaum kafir laknat telah
mengumpul lebih dari RM 4 juta untuk menentang kita
dimahkamah bagi mendapatkan hak untuk menjadikan azlina jailani
(lina joy)sebagai orang murtad. apa tindakan yang kita ambil? kalau masih tiada
apa-apa, tolong lah sekurang-kurangnya sebarkan artikel ini semoga sekurang-kurang
kita dapat membantu membangkitkan kesedaran umat islam yang
lain.Kenapa kafir laknat beria-ria untuk menangkan kes Azlina
Jailani ni? Mudah untuk kita berfikir, mereka akan dapat memurtadkan lebih
banyak lagi orang islam di masa hadapan, secara tidak langsung orang
bukan Islam akan menguasai negara ini pada masa itu. Apabila mereka
berkuasa, maka status Melayu itu yang dalam Perlembagaan adalah
mereka yang beragama Islam akan mudah ditukar, tiada lagi
kuota untuk orang Melayu, tiada lagi keistimewaan yang
dinikmati oleh kita hari ini. Secara mudah, tiada lagi loan kerajaan, tiada lagi
diskaun bagi kita, tiada lagi kuota pelajaran untuk anak-anak kita, tiada lagi
mahkamah syariah dan segala-gala yang kita nikmati hari ini kerana status
Islam dan Melayu. Agama Islam akan dibincangkan dan ditentukan
oleh mereka yang kafir berdasarkan undang-undang dan
perlembagaan dan bukan oleh majlis agama Islam itu sendiri. Kita
tidak ada kuasa lagi untuk mentafsir undang-undang Islam kerana
sesiapa sahaja berhak melakukannya. Itulah yang dikehendaki oleh orang kafir hari
ini dalam kes Azlina Jailani (Lina Joy).
Kesan lain, kita akan lihat orang Islam yang melakukan kesalahan seperti tidak berpuasa di
bulan Ramadhan, apabila ditangkap akan menyatakan bahawa mereka bukan Islam, keluar dari
mahkamah sahaja mereka adalah Islam semula, kes lain... anak-anak kita ditangkap kerana
khalwat atau berzina dan dihadapkan ke mahkamah syariah dan mengatakan mereka bukan
Islam kerana nak mengelakkan kena hukum, apabila keluar semula dari mahkamah mereka
boleh menjadi Islam semula. Agama kita ini boleh sewenang-wenangnya dipermainkan oleh
sesiapa sahaja kerana tiada hak dan undang-undang Islam boleh dipraktikkan lagi.Maka dengan
itu juga, Raja-Raja Melayu akan hilang kuasa kerana tugas utama mereka adalah dalam hal
berkaitan agama islam dan adat istiadat Melayu, siapa yang hendak mereka perintah lagi. Orang
Islam yang merujuk kepada Melayu sudah tiada. Semuanya sudah murtad.Apa yang hendak
kita tunggu dan lihat lagi...adakah kita hendak tunggu hingga Allah hantar bala bencana seperti
yang dilakukan dalam artikel dibawah baru kita akan sedar? fikirlah, kalau tidak kisah akan diri
sendiri pun, fikirkanlah mengenai masa depan anak cucu kita dimasa hadapan. Sudah tiba orang
Islam bertindak memerangi puak kafir yang semakin berani mencampuri hal-hal kehidupan
orang islam secara terang-terangan.
(perkataan yang dibesarkan adalah isi penting..tapi diharap anda membaca keseluruhan artikel ini)
Posted by underOneAqidah at Monday, November 23, 2009 0 comments
Saturday, October 31, 2009
kisah seorang kristian masuk islam kerana memuliakan hari asyura
Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."
Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"
Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.
Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."
Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?"
"Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.
Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!"
Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja."
Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.
"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"
Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."
Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.
Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"
Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."
Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."
Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Posted by underOneAqidah at Saturday, October 31, 2009 0 comments
AHMAD IQBAL..
Posted by underOneAqidah at Saturday, October 31, 2009 0 comments
Saturday, October 24, 2009
Minum Air Kencing!!
Ketika Ah Seng belajar di fakulti perubatan, seorang pensyarah telah mengajar tentang 'Pemerhatian'. Pensyarah itu telah mengeluarkan sebuah botol yang mengadungi cecair berwarna kuning teh.
"Lihat ini,"katanya,
"Ini ialah air kencing. Untuk menjadi doktor yang baik, kamu mestilah mempunyai pemerhatian yang baik tentang warna, bau dan rasanya."Kemudiannya dia mencelupkan jarinya ke dalam cecair itu dan memasukkan jarinya ke dalam mulut. Semua pelajarnya terperanjat melihat perbuatannya tetapi mereka mesti menjadi pelajar yang baik. Botol ituu diedarkan kepada setiap pelajar dan memasukkan jari ke dalam botol dan memasukkan jari ke dalam mulut. Apabila semua pelajar telah melakukannya, pensyarah itu berkata,
"Jika kamu mempunyai pemerhatian yang baik, kamu mesti dapat melihat saya telah memasukkan jari hantu ke dalam botol kemudian memasukkan jari telunjuk ke dalam mulut."
pst: Tajamkan mata dan akal pemikiran anda.
cerita rekaan semata, tiada kaitan antara yang hidup dan mati.
Posted by underOneAqidah at Saturday, October 24, 2009 0 comments




