KAHERAH, 3 Feb - PMRAM hari ini terus menabur bakti kebajikan dalam membantu mahasiswa Mesir. Kemelut yang melanda kestabilan politik Mesir sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa urusan tergendala sementara waktu.
Seramai 36 orang mahasiswa Malaysia hari ini dicatatkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk pulang ke destinasi terntentu.
Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) diketuai Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan, Saudara Mohd Farkhan B Md Zain menyampaikan bekalan makanan ringan kepada mahasiswa Malaysia yang terkandas.
Turut serta dalam misi kebajikan ini Naib Presiden I Saudara Mohd Adlan B Mokhtaruddin dan Naib Presiden II Saudara Mohamad Azlan B Alias di Terminal 3 sebentar tadi. Tinjauan pihak PMRAM mendapati keadaan lapangan terbang sesak dipenuhi dengan penumpang.
Keadaan stabil dan terkawal dengan kawalan pihak keselamatan Mesir dan pengurusan lapangan terbang. Saudara Mohamad Azlan ketika ditemui menyebut bahawa keadaan jalan raya seperti biasa dan kenderaan mula memenuhi jalan untuk meneruskan aktiviti harian.
Friday, February 4, 2011
36 Orang Terkandas Mendapat Bekalan Makanan Ringan
Posted by underOneAqidah at Friday, February 04, 2011 0 comments
Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat
KAHERAH, 2 Feb - Pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Mesir pada ketika ini dalam keadaan selamat berikutan krisis politik yang melanda negara ini semenjak 25 Januari lalu. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sehingga kini menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dalam menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan pelajar. Namun, Pejabat PMRAM sebagai pusat operasi utama dalam mengumpul dan menyampaikan maklumat kepada Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahawasiswa (DPM) melalui YDP dan Pengerusi serta AJKT.
Perhubungan internet dan komunikasi yang disekat semenjak 28 Januari lalu menyebabkan saluran maklumat tidak dapat disampaikan secara meneyeluruh.
PMRAM mengharapkan doa dari masyarakat luar agar mendoakan keselamatan pelajar-pelajar yang berada di Mesir serta dipermudahkan segala urusan.
Posted by underOneAqidah at Friday, February 04, 2011 0 comments