Saturday, October 31, 2009

kisah seorang kristian masuk islam kerana memuliakan hari asyura

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."
Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.
Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?"
"Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.
Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!"
Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja."
Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"
Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.
Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"
Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."
Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."

Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

AHMAD IQBAL..


my cute cousin's son..cute x dia nie..tembam bt0l muka dia..orang panggil dia e-bal jer..ade yg panggil dia ninja turtle..ntah ape yang ninja sgt..satu lagi org panggil dye iq-bol coz muka dia bulat cam bola

Saturday, October 24, 2009

Minum Air Kencing!!

Ketika Ah Seng belajar di fakulti perubatan, seorang pensyarah telah mengajar tentang 'Pemerhatian'. Pensyarah itu telah mengeluarkan sebuah botol yang mengadungi cecair berwarna kuning teh.
"Lihat ini,"katanya,
"Ini ialah air kencing. Untuk menjadi doktor yang baik, kamu mestilah mempunyai pemerhatian yang baik tentang warna, bau dan rasanya."Kemudiannya dia mencelupkan jarinya ke dalam cecair itu dan memasukkan jarinya ke dalam mulut.
Semua pelajarnya terperanjat melihat perbuatannya tetapi mereka mesti menjadi pelajar yang baik. Botol ituu diedarkan kepada setiap pelajar dan memasukkan jari ke dalam botol dan memasukkan jari ke dalam mulut. Apabila semua pelajar telah melakukannya, pensyarah itu berkata,
"Jika kamu mempunyai pemerhatian yang baik, kamu mesti dapat melihat saya telah memasukkan jari hantu ke dalam botol kemudian memasukkan jari telunjuk ke dalam mulut."
pst: Tajamkan mata dan akal pemikiran anda.
cerita rekaan semata, tiada kaitan antara yang hidup dan mati.

12 barisan umat nabi Muhammad di padang mahsyar

1. Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki. Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya.

2. Barisan Kedua - Manusia berwajah khinzir hitam. Mereka di dunia telah melalaikan solat atau bersolat
tetapi masih melakukan kemungkaran.

3. Barisan Ketiga - Manusia seperti baghal (kaldai) dengan perutnya seperti gunung, penuh dengan ular
dan kala jengking. Mereka di dunia telah enggan mengeluarkan zakat.

4. Barisan Keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya. Mereka di dunia telah berdusta dalam berjual beli.

5 .Barisan Kelima - Manusia seperti angin yang bertiup, berbau tersangat busuk. Mereka di dunia telah
menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah.

6. Barisan Keenam - Manusia yang tengkorak dan tengkoknya putus. Mereka di dunia telah menjadi saksi
palsu, mengada-adakan cerita yang tidak berlaku hingga menyebabkan orang lain teraniaya.

7. Barisan Ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar pula darah dari mulutnya. Mereka di dunia telah
enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan.

8. Barisan Kelapan - Manusia berjalan terbalik (dengan kaki di atas manakala kepalanya di bawah).
Manusia yang telah melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat.

9. Barisan Kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi. Mereka yang semasa
di dunia telah memakan harta anak yatim.

10. Barisan Kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera (penyakit kusta) dan belak (sejenis
penyakit kulit yang amat gatal). Mereka di dunia telah menderhaka kepada kedua ibubapanya.

11. Barisan Kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya panjang seperti tanduk, bibirnya melebar
hingga ke dada, lidahnya pula terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik.
Mereka di dunia telah sentiasa meminum arak.

12. Barisan Keduabelas - Manusia yang berwajah berseri-seri serta bercahaya. Merekalah golongan
yang beriman dan telah beramal soleh semasa di dunia.