Saturday, October 30, 2010

Remaja tidak tahu Hari Kemerdekaan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia dan bilangan negeri

Dalam satu soal selidik yang dijalankan oleh akhbar Utusan Malaysia, keputusan kajian mengejutkan apabila terdapat sekelompok responden yang tidak tahu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Selain itu, terdapat juga yang tidak tahu tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut dengan cukup meriah setiap tahun. Responden terpilih yang berumur antara 16 hingga 51 tahun bukan sahaja buta sejarah malah juga mempunyai sikap tidak ambil tahu mengenai sejarah, bangsa dan negara.

Dalam soal selidik itu, terdapat remaja yang menamakan Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama. Di samping itu, terdapat juga responden yang menjawab Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri yang keenam.

Bagi salah satu soalan dalam soal selidik itu yang menanyakan bilangan negeri di Malaysia, terdapat responden yang menjawab 23 buah negeri. Lazimnya, responden yang gagal menjawab soalan-soalan itu berusia antara 16 hingga 20 tahun.

Keputusan soal selidik itu membuktikan bahawa remaja masa kini bukan sahaja tidak menunjukkan minat terhadap sejarah malah juga bersikap tidak ambil tahu terhadap ilmu pengetahuan am.

0 comments: